Politik Tun M: Fakta yang tidak difaktakan


Mahathir

Huzir Sulaiman, Harakah

ADA orang kata kita hanya boleh bincang berkenaan jalinan kerjasama politik PAS-PPBM dengan fakta sahaja. Sudah semestinya segala-galanya wajib berfakta. Tetapi yang tidak sepatutnya bila fakta dianggap bukan fakta padanya dan bila yang bukan fakta dikata fakta padanya.

Saya tertanya-tanya juga, adakah kisah Tun M yang sekian lama dikongsikan di bawah itu satu fakta padanya ataupun tidak?

1. Mungkin rakaman video kenyataan Tun M yang secara terang-terang mengakui permintaan DAP untuk jawatan TPM bukan fakta agaknya pada si dia.
2. Mungkin rakaman video kenyataan Tun M yang secara terang-terang menolak RUU355, dikaitkan pula RUU355 oleh PAS dengan hukuman potong tangan dan penjara 2 bulan pada 2 individu yang berbeza walaupun untuk kesalahan yang sama adalah sesuatu yang tidak adil bukan fakta padanya.
3. Mungkin juga isu/skandal Tun M ketika memerintah selama lebih 20 tahun pun bukan fakta juga padanya.
4. Mungkin juga hubungan Tun M dengan Dr.Kassim Ahmad termasuk dengan anaknya yang umum tahu salah seorang penggerak Sister in Islam(SIS) pun bukan fakta juga padanya.
5. Mungkin juga pendirian Sister in Islam(SIS) yang menolak RUU355 pun bukan fakta juga padanya.
6. Mungkin juga kiasan Tun M ketika merasmikan PPBM bahawa mana-mana pihak yang cuba meletakkan calon mereka bersama calon yang disokong Tun M adalah cubaan untuk menangkan Najib pun bukanlah fakta juga padanya.
7. Mungkin juga Tun M selaku Pengerusi PPBM bukan satu fakta juga padanya.
8. dan Mungkin juga pertambahan keahlian PAS serta sokongan yang semakin tinggi terhadap PAS setiap kali PRU selama tempoh 60 tahun ini walaupun tanpa kuasa di tangan adalah fakta yang beliau yakini juga telah dipalsukan.

Fakta pada ‘si dia’ mungkin yang sesuai untuk ‘si dia’ sahaja. Fakta yang boleh pastikan kerjasama politik tercapai demi kemenangan yang sangat-sangat beliau dambakan melalui kerjasama itu?

Walaupun kesemua fakta di atas tidak selari dengan 3 prinsip asas PAS sekalipun? Iaitu keuntungan kepada Islam, kerjasama di atas dasar Islam semata-mata termasuk merestui agar PAS yang memimpin dan bukannya dipimpin setiap kali kerjasama politik terjalin.

Apakan daya, dia nak menang dan menang sebab katanya jika tak menang, maka susahlah kerja-kerja Islam walapun PAS sudah puluhan tahun berjuang tanpa kuasa di negara ini.

Tidak mahukah dia untuk susah diuji melalui kerja-kerja Islam? Kenapa jalan senang pula yang dicari?

Yang saya pasti, berjuang di jalan Allah dan Rasul, serta tidak menyimpang dari hukum Syarak serta dasar PAS yang berpandukan Al-Qurán dan Sunnah Junjungan Baginda adalah fakta yang tidak boleh dipertikai mana-mana pihak yang berpegang teguh dengan syahadahnya. Yang meyakini bahawa kuasa Allah serta ketentuannya jauh lebih tinggi dari kajian seorang pengarah strategik.

 



Comments
Loading...