Raja Petra dedah SD kaitkan Muhyiddin dengan skandal


img802.imageshack.us_img802_4465_rpkmay2012

(Bicara News) – Penulis blog Raja Petra Kamarudin menyiarkan dokumen akuan bersumpah (SD) seorang lelaki mendakwa wujud hubungan sulit antara isterinya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata lelaki dikenali sebagai Stanley Clement Augustin itu isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika tokoh berkenaan menjadi menteri besar Johor.

Dokumen berkenaan yang disiar Raja Petra pada blognya juga mendakwa isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita terbabit bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri itu.

SD berkenaan juga mendakwa Gee bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima pelbagai faedah daripada tokoh itu, termasuk dari aspek kewangan.

Justeru kata Raja Petra disebabkan kumpulan yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata akan menyaman sebarang dakwaan tidak benar terhadap Muhyiddin, beliau perlu mengambil langkah itu untuk menafikan SD berkenaan tidak benar.

Nika-MY

“Suami (Gee) memberitahu kita SD berkenaan dibuat berdasarkan pengakuan wanita terbabit

“Justeru jika Muhyiddin mahu menafikan hal ini dan mahu menyaman sesiapa yang menuduhnya menjalin hubungan dengan isteri orang, beliau mesti menyaman Nika Gee.

“Satu-satunya cara untuk Muhyiddin membersihkan namanya hanyalah dengan mengemukakan saman. Tidak ada cara lain,” katanya.

Tulisan itu diterbitkan sehari selepas Muhyiddn mendakwa tuduhan berkaitan skandal dibuat Raja Petra tidak berasas dan berniat jahat.

Muhyiddin juga berkata ia sengaja dilemparkan kepadanya semata-mata untuk merosakkan integriti dan berbaur politik yang “cukup menjijikkan”.

Dalam kenyataan terbukanya Semalam anggota parlimen Pagoh itu berkata tuduhan itu lebih tidak wajar kerana dibuat pada bulan Ramadan.

SD Augustin itu bertarikh 7 Disember 2015 dan dibuat ketika proses perceraiannya dengan Gee sedang berlangsung.

Bagaimanapun ketika dihubungi, Augustin menolak daripada memberikan sebarang komen.

 



Comments
Loading...