Deklarasi Rakyat: Mahathir Setuju Bebaskan Anwar – Kamarul Bahrin


Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad

(Suara TV) – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju agar pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama Deklarasi Rakyat.

Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad ketika dihubungi berkata persetujuan itu dicapai ketika pertemuan sulit yang diadakan bersama Mahathir dan pemimpin pembangkang semalam.

“Beliau (Mahathir) tidak menolak apa-apa (usaha bebas Anwar) kerana apa yang penting ketika ini adalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri dahulu, kemudian muafakat ini akan berterusan.

SuaraTV sebelum ini melaporkan pertemuan sulit Dr Mahathir bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan daripada PKR dan Amanah yang diadakan malam tadi bagi menyusun gerakan untuk mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Isnin lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertegas pembebasan Anwar adalah teras perjuangan Deklarasi Rakyat yang kini didokong oleh pembangkang, Mahathir dan penyokongnya.

Wan Azizah turut berkata penglibatan Mahathir dalam deklarasi itu menunjukkan beliau bersetuju dengan agenda PH yang mahu institusi tertentu yang ‘memangsakan’ Anwar dirombak.

Sebelum ini beberapa pihak mempersoalkan kesediaan Mahathir menerusi deklarasi itu untuk membebaskan Anwar.

Anwar digugurkan sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 ketika Mahathir menjadi perdana menteri selepas didapati bersalah atas tuduhan liwat buat kali pertama.

 



Comments
Loading...