Shahrir Samad jawab soalan anak Khaled Nordin


Khalid-Nordin-Sharir-Samad

Pengerusi BNBBC memberikan jawapan ringkas terhadap soalan yang dibangkitkan berhubung dana derma ke dalam akaun Perdana Menteri

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad menjawab 15 soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Akmal Saufi Mohamad Khaled.

Ia berhubung dana yang dikaitkan dengan derma ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Berdasarkan portal bnbbc.my, Shahrir yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menjawab bermula daripada soalan paling akhir yang dibangkitkan anak kepada Menteri Besar Johor itu.

Bagaimanapun, dalam laporannya, Utusan Malaysia Online mengolah berdasarkan soalan yang dibangkitkan.

1 Ketika Perdana Menteri me­ne­rima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?

Bukan sahaja Perdana Menteri tahu tapi Bank Negara pun tahu.

2 Apakah bukti duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

Penyiasatan telah dijalankan. 1MDB pernah menafikan ada duitnya yang dimasukkan ke dalam akaun dana politik Perdana Menteri, Presiden UMNO ataupun Pengerusi Barisan Nasional (BN).

3 Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan kepada kerajaan dan adakah untuk UMNO atau tujuan peribadi?

Untuk politik, iaitu UMNO dan BN.

4 Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepemimpinan UMNO terutama­nya Majlis Tertinggi mengetahui tentang derma itu?

Selama saya dalam Majlis Ter­tinggi UMNO atau Jawatankuasa Perhubungan UMNO ne­geri, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi dan perhubungan negeri.

5 Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui, adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

Sama seperti jawapan bagi soalan keempat.

6 Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Ter­tinggi?

Sama seperti jawapan bagi soalan keempat.

7 Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Datuk Seri menerimanya ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?

Perdana Menteri sudah me­nyatakan derma itu bukan untuk peribadi.

8 Bolehkah seorang menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

Adakah Menteri Besar dilarang mencari dana politik?

9 Adakah duit derma tersebut perlu diisytiharkan kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

Sejak bila derma politik dan dana politik perlu didedah kepada semua pihak. Namun, keadaan ini boleh diubah dengan undang-undang supaya dana politik harus telus. Buat masa ini, tidak ada undang-undang lagi. Saya sokong diadakan kerangka undang-undang untuk dana politik sesuai dengan transformasi yang dicadangkan di bawah program transformasi kerajaan.

10 Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?

Tentulah Bank Negara sedar dan tahu tentang pergerakan duit ini.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...