Ketua Pemuda Pas puji DAP


Suhaizan-Kaiat

DAP menjadi satu-satunya parti dari Semenanjung yang berjaya menembusi Sarawak.

(Free Malaysia Today) – Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat memuji DAP kerana menjadi satu-satunya parti politik dari Semenanjung yang berjaya memasuki Sarawak.

Katanya, hanya DAP berjaya mempengaruhi pengundi di Sarawak hasil pendekatan yang berkesan.

Katanya, Pas telah mencuba dengan pelbagai cara tetapi masih gagal diterima rakyat Sarawak begitu juga dengan UMNO yang masih gagal menubuhkan satu pun cawangan di negeri itu.

“Kejayaan DAP yang menang di Sarawak sepatutnya kita boleh pelajari selok-belok dan pendekatan mereka.

“DAP juga pada awalnya tidak diterima oleh pengundi Sarawak.Tetapi dengan strategi yang berkesan, DAP kini bertapak kukuh di Bumi Kenyalang,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Muktamar Pemuda Pas pada Selasa.

Suhaizan berkata, dalam Pilihan Raya Umum ( PRU-13) yang lalu, Barisan Nasional (BN) menang 25 kerusi daripada 31 kerusi manakala selebihnya Pakatan Rakyat ( PR).

Katanya, untuk menawan Putrajaya, PR perlu memastikan kubu kuat BN di Sarawak dipecahkan menjelang pilihan raya negeri yang dijangka akan diadakan beberapa bulan lagi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...