Statement from the chef de mission to Australia to seek the truth regarding Altantuya’s murder


mahfuz_omar

Kenyataan Media: Perkembangan Misi C4 ke Australia

1. Alhamdulillah, pada hari ini saya bersama ibu Sirul, Puan Piah Samad, adiknya Noriatin Omar serta ahli rombongan telah diberikan kebenaran untuk bertemu dengan Sirul di Pusat Tahanan Imigresen Villawood, Sydney. Pertemuan ini berlangsung selama hampir dua jam iaitu bermula Pukul 5.30 petang sehingga Pukul 7.30 petang waktu di sini.

2. Saya berpandangan misi kemanusiaan ini berjaya apabila dapat mempertemukan seorang ibu kepada anaknya yang dikasihi. Puan Piah membawa sambal bilis dari kampung manakala saya membeli anggur dan kasut sukan yang dipesan oleh Sirul. Suasana begitu hiba dan sayu bagi kami pada saat mula pertemuan tersebut apabila si ibu dan anak berpelukan. Tangisan air mata kerinduan seorang ibu kepada anaknya yang berjauhan dan belum tentu nasib yang melanda.

3. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Australia khususnya pihak berkuasa Pusat Tahanan Imigresen yang memberikan kebenaran kami bertemu Sirul. Sirul juga menyatakan salam penghargaan buat semua yang prihatin terhadapnya.

Dato’ Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

 



Comments
Loading...