Pasma buat PAS celaru


Phahrolrazi Mohd Zawawi

Dakwaan sesetengah pihak bahawa PasMa telah menjadi duri dalam daging kepada PAS seakan-akan benar sehingga pemimpin PAS tampil dengan pandangan berbeza terhadap badan NGO itu.

(Free Malaysia Today) – Kewujudan PasMa nyata memberi kesan yang cukup mendalam kepada parti PAS apabila pelbagai masaalah timbul sejak tertubuhnya badan bukan kerajaan (NGO) itu yang kononnya diwujudkan untuk memperkukuhkan gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Terbaru Presiden PasMa, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi terus bertindak menegur kumpulan yang ingin menggulingkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan tindakan sedemikian sebagai perkara yang luar biasa dan bukan budaya dalam PAS.

“Ini bukan budaya dalam PAS. Isu menggulingkan pimpinan tidak pernah berlaku. Apa yang disebutkan (guling Hadi) sekarang adalah perkara luar biasa,” katanya.

Sebelum ini, Pahahrolrazi juga pernah menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kewujudan PasMa bukanlah untuk memecebelah PAS atau mencampuri urusan mana-mana parti malah kehadiran PasMa adalah untuk menguatkan PR.

Namun kenyataan yang dikeluarkan presiden PasMa hanyalah omong kosong sahaja apabila beliau terus menegur dan mengkritik kepimpin dalam PAS pada masa sama menyanjung pemimpin-pemimpin PKR dan Juga DAP.

Malah kedududukan PAS dilihat semakin tergugat sejak kehadiran PasMa juga diakui sendiri Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS , Dr Mohd Zuhdi Marsuki apabila PAS dikatakan akan mengalami perpecahan berpunca daripada kewujudan PasMa yang lebih diterima oleh DAP dan bukannya akibat pertentangan antara kumpulan ulama dengan profesional.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...