DAP tuntut janji Azmin kerusi timbalan speaker Selangor II
Jamilah Kamarudin, The Malaysian Insider
DAP Selangor akan meneruskan tuntutannya kepada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang berjanji sebelum ini memberi kerusi timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada parti itu.
Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim berkata, kerusi itu amat penting bagi mereka selepas menunjukkan kesetiaan penuh kepada PKR dan Pakatan Rakyat (PR) semasa krisis menteri besar 5 bulan lalu.
“Kita tidak berganjak dengan pendirian kita, tetap istiqamah. Walaupun kita terpaksa diserang pelbagai pihak, kita tidak berbelah bahagi untuk (menyokong) PKR dalam PR,” katanya kepada pemberita di luar sidang DUN di Shah Alam, hari ini.
Isnin minggu lalu, Adun Bangi daripada PAS, Mohd Shafie Ngah dilantik timbalan speaker selepas mendapat undi majoriti ahli Dewan.
Azmin semasa awal pentadbirannya berjanji memberikan kerusi itu kepada PAS, sebagai ganti kepada kerusi exco PAS yang dikurangkan menjadi 3.
SEE VIDEO HERE (Minute 40 onwards)