Kes Azmin berkaitan PKNS masih dalam siasatan – SPRM


azmin_ali_2609

(Bernama) – Dakwaan salah laku rasuah Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali ketika memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkata pegawai penyiasat kes masih dalam proses mengumpulkan bukti dan keterangan berhubung isu itu.

“SPRM tidak akan mendedahkan atau memberi maklum balas berhubung siasatan dibawa kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Abdul Khalid Ibrahim, meminta pihak SPRM mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan salah laku rasuah menteri besar Selangor itu ketika menyandang jawatan pengerusi PKNS.

Pihak yang telah membuat laporan kepada SPRM boleh menghubungi pejabat SPRM untuk mendapatkan maklum balas berhubung kes itu tanpa melalui pihak ketiga, kata Mohd Jamil.

Sehubungan itu SPRM meminta orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berkaitan kes berkenaan.

 



Comments
Loading...