Persatuan Ulamak Malaysia bantah keras kehadiran tokoh Islam liberal


Ulil Absar Abdalla

Helme Hanafi, Agenda Daily

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) pada Khamis mengeluarkan kenyataan membantah keras kehadiran tokoh Islam Liberal dari Indonesia, Ulil Absar Abdalla (gambar) ke Malaysia pada 18 Oktober ini.

Kehadiran Ulil sebagai ‘tetamu utama’ diskusi meja bulat: Tantangan Fundementalisma Agama Abad Ini yang dianjurkan oleh Islamic Renaissance Front dan Global Movement of Moderates Foundation (GMM).

Menurut Setiausaha Agung PUM, Dr Mohd Roslan Mohd Nor Ulil terlalu banyak mempersoalkan nas-nas agama yang bersifat qat’i dan dengan sendirinya merendah-rendahkan hal ehwal agama Islam.

“Perkara ini sinonim dengan organisasi beliau iaitu Jaringan Islam Liberal (JIL) di mana fahaman ini telah diharamkan di Indonesia dan juga negara kita Malaysia.

Jelas Dr Roslan, kehadiran beliau sebagai tetamu utama adalah sangat TIDAK sesuai bahkan kelihatan mencabar autoriti agama Islam di negara ini.

“Justeru PUM meminta supaya Jakim dan pihak berautoriti supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya agar idea-idea Islam Liberal yang telah diharamkan di Malaysia tidak dikembangkan secara halus,” katanya.

 



Comments
Loading...