Mat Taib perli PAS, Jangan ‘sentimen Allahu Akbar’ sahaja


Mat Taib

(Kuala Lumpur Chronicle) – Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina telah memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR.

“PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita ‘sentimen Allahu Akbar’ sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.

“Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi),” katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.

PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 



Comments
Loading...