Khalid pecat semua exco DAP dan PKR
6 ahli exco di pecat berkuat kuasa serta merta
Adam Abu Bakar, Free Malaysia Today
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau telah memecat kesemua exco DAP dan PKR berkuat kuasa serta merta mulai hari ini.
Menurut beliau, exco-exco dari DAP dan PKR telah menandatangani satu surat undi tidak percaya terhadap beliau dan juga membuat satu blog.
“Tujuan mereka menandatangai surat tersebut dan membuat blog itu adalah untuk mengurangkan kecekapan exco,” katanya sewaktu ditemui media di lobi SUK, hari ini.
Oleh yang demikian beliau telah meminta dan menulis surat kepada tuanku supaya memohon exco ini tidak meneruskan kerjanya sebagai exco di negeri Selangor.
“Walaubagaimanapun, saya belum menulis surat kepada Rodziah, kerana beliau berada di luar negeri,” katanya.