Parang bengkok sedang menebas, siapa yang menghayun parang itu?


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_AspanAlias_zpsad6a015f

Aspan Alias

Jika benar TS Khalid akan diberhentikan kerja sebagai Menteri Besar Selangor, iatidak boleh diselesaikan dengan menggantikan orang lain dalam PKR untuk memegang jawatan penting itu dengan begitu mudah. Pengguguran Khalid itu merupakan kemuncak kepada kemelut PKR dan ia akan membawa masalah sampingan yang leboih besar setelah beliau dilucutkan jawatan itu.

Ia bukan setakat menggantikan dengan Wan Azizah atau Azmin misalnya kerana ia berlaku diatas permainan politik pucuk pimpinan parti itu. Yang bercakap meminta Khalid berhenti ini hanyalah mereka yang di rancang untuk berkata seperti yang kita dengar sekarang. Baik kata-kata dari Rafizi atau pun sesiapa seperti Shamsul Iskandar Akim serta beberapa yang lain itu, ubarat parang bengkok untuk menebas belukar sahaja.

Rafizi dan Shamsul Iskandar itu hanyalah ibarat parang bengkok itu. Yang menghayun parang bengkok itu ialah Anwar sendiri Maka yang akan menjadi tirus dan nipis mata parangnya ialah Rafizi atau Shamsul stetelah begitu hebat hayunan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu untuk menebas Khalid dan sesiapa yang bersama dengan Khalid.

Yang boleh memberhentikan hayunan dan tebasan parang-parang bengkok tadi hanyalah yang menghayun parang-parang bengkok itu, iaitu Anwar sendiri. Jika Khalid ditebas licin maka yang menebasnya ialah Anwar pada hakikatnya. Jika Anwar mahu menyimpan parang-parang bengkok itu mudah sahaja, tetapi Anwar mahukan parang bengkok itu terus menebas belukar yang bernama Khalid itu.

Tetapi berjayakah usaha menebas Khalid ini tanpa mengahadapi risiko kepada parti itu sendiri? Kalau hendak menebas atau membersihkan belukar ia perlu di hapuskan urat-urat belukar itu sekali, kerana urat-urat yang masih hidup itu akan kembali bercambah dan merimbun.

Sedikit sebanyak TS Khalid telah membina dan mempunyai sokongan akar umbi yang bertambah kuat. Kenyataan PAS yang parti itu tidak terlibat dengan memaksa Khalid berhenti itu adalah tindakan yang bertepatan, kerana jika timbul penolakan kepada PKR itu ia akan membawa padah kepada parti-parti komponen Pakatan Rakyat juga. Shamsul Iskandar telah menempelak Khalid yang Khalid menjadi MB itu ialah kerana sokongan parti-parti dalam PR maka Khalid harus akur kepada kehendak PR jika beliau terpaksa berhenti kerja kali ini.

Apa pun dan siapa pun bersetuju dengan kata-kata Shamsul itu tidak penting kerana hakikatnya Pakatan Rakyat telah mendapat kekuatan dengan rekod Khalid mentadbir Selangor dan itu pun sebabnya PAS dan DAP mendapat sokongan padu sehinggakan UMNO hanya mempunyai 12 kerusi sahaja dalam Dewan Undangan Negeri Selangor itu.

Memberi notis berhenti kerja kepada Khalid merupakan usaha yang bukan mudah untuk dilakukan. Jika tidak dilakukan dengan cara yang baik, kehilangan sokongan kepada Pakatan Rakyat di Selangor itu akan terjejas dan ia merupakan peluang untuk UMNO dan BN kembali bertapak kembali di Selangor.

Jika akhirnya Khalid diketepikan maka sesiapa dari PKR mengambil alih akan mengahadapi masalah besar. Jika benar ada kejujuuran dikalangan komponen Pakatan Rakyat maka sesiapa yang menggantikannya tidak perlu datang dari PKR. Ia boleh datang dari PAS kerana di Selangor PAS mempunyai ahli-ahli lagislatif yang mempunyai ketokohan besar. Yang perlu seseorang yang mengambil alih jawatan MB itu seorang Melayu Islam seperti yang dikehendaki oleh undang-undang tubuh negeri Selangor itu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...