Kepentingan Anak-anak Melayu Jati


Zahid-Hamidi
Demi kepentingan anak-anak Melayu jati, perbetulkanlah pentafsiran bangsa Melayu. Bangsa Melayu haruslah berdasarkan kepada kenenekmoyangan.
Fariq Islam, Anak Melayu Tulen
Kenapa soal ini dipertikaikan? Ketara sekali, baru-baru ini kepincangan masyarakat kian menjadi-jadi. Sila imbas kembali peristiwa dan batu api penyebab peristiwa. Ramai antara si batu api ini bukannya anak Melayu tulen. Ahmad Zahid Hamidi salah satu contohnya.
Ahmad Zahid Hamidi berketurunan Indonesia. Apakah kaum Indonesia boleh menjadi Melayu? Apa pula dengan kaum-kaum Cina dan India? Ini amat berisiko tinggi. Golongan ini mementingkan kebaikan peribadi daripada tanahair. Tanah Melayu ini bukannya tanahair mereka. Mereka lebih rela melihat kepincangan antara Melayu-Cina dan mengambil kesempatan memperbodohkan Melayu dengan kata-kata yang bukan-bukan, berbau perkauman untuk meraihkan sokongan,
Selama ini, sepanjang sejarah UMNO, Tunkulah yang berpandangan paling jauh. Tunku tahu dan boleh menjangkakan apa yang akan terjadi di bawah pemerintahan golongan Melayu “palsu”.
Perbetulkannya. Tanah ini kepunyaan nenek-moyang kita. Jangan biar sehari kelak Indonesia mari menuntut hak pemerintahan atas bumi kita.


Comments
Loading...