Akar umbi tuntut pendirian Anwar dalam isu Khalid


Anwar Ibrahim

Langkah Kajang sebelum ini dilihat sebagai usaha untuk membawa PKR ke Putrajaya tapi sebaliknya hanya sebagai satu helah untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor

Adam Abu Bakar, Free Malaysia Today

Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias kecewa kerana merasa tertipu dengan propaganda Langkah Kajang yang dibawa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurutnya, Langkah Kajang sebelum ini dilihat sebagai usaha untuk membawa PKR ke Putrajaya tapi sebaliknya hanya sebagai satu helah untuk merampas kerusi Menteri Besar Selangor.

“Pihak akar umbi merasa tertipu dengan propaganda Langkah Kajang ini dan merasakan ini hanyalah satu retorik semata-mata,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.

Ujar Razali lagi, selama dua penggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memimpin negeri Selangor, beliau telah melakukan yang terbaik.

“Khalid telah memimpin dengan baik dan bukan itu sahaja, rakyat negeri Selangot turut sukakan Khalid.

“Selama ini pun, Khalid tidak pernah terlibat dalam unsur-unsur rasuah,” jelasnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...