Penyingkiran Khalid hanya bawa keburukan


khalid-ibrahim

Ini bukan hanya melibatkan masa depan Khalid tetapi juga PAS

(Free Malaysia Today) – Kepada yang mengikuti perkembangan berita di Malaysia pastinya ternanti-nanti keputusan mengenai AlKitab dan juga mengenai nasib dua pegawai polis yang di dakwa terlibat dengan pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Dan yang mungkin yang paling dinantikan adalah mengenai masa depan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kenyataannya, ini bukan hanya mengenai nasib dan masa depan Khalid di Selangor tetapi juga masa depan Pakatan Rakyat. Mungkin lebih tepat lagi, nasib ahli-ahli PAS yang seolah-olah terikat dengan kelangsungan Khalid sebagai Menteri Besar.

Bagi DAP dan PKR, mereka sudah bulat menentang Khalid sehinggakan pemimpin atasan seperti Hannah Yeoh dan Elizabeth Wong yang selama ini didukung oleh Khalid memilih untuk tidak menyebelahinya.

PAS akan lebih terkena tempias

PAS terbahagi kepada dua blok berasingan, pro-Hadi dan pro-Anwar, dan ia bukanlah sesuatu yang baru. Individu seperti Dzulkefly Ahmad, Hatta Ramli, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Khalid Samad adalah antara pemimpin PAS yang berada dalam blok pro-Anwar dan mereka ini mahu Khalid disingkirkan. Sementara mereka yang berada dalam kelompok pro-Hadi mahu Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar sehingga penggalnya tamat.

Masalahnya cuma satu. Pemimpin dari kem pro-Anwar tidak punya kuasa untuk mengundi dalam sidang negeri sebaliknya pula dengan mereka yang pro-Hadi. Sekiranya keadaan mendesak untuk PAS memilih, kelompok pro-Hadi tanpa ragu akan berjaya menidakkan kehendak mereka.

Jika usul undi tidak percaya di buat ke atas Khalid dalam dewan negeri dan PAS memilih untuk tidak mengikut kehendak DAP dan PKR manakala BN memilih untuk berkecuali, maka Pakatan akan gagal mendapat majoriti dengan margin yang sangat kecil. Natijah kepada semua ini hanya akan memecahbelahkan Pakatan Rakyat, terutamanya antara DAP-PKR dan PAS.

Apa yang mungkin lebih buruk adalah perpecahan di dalam PAS sendiri, antara pro-Hadi dan pro-Anwar.

Ketiadaan wakil dari PKR melawat Hadi Awang sewaktu dia dimasukkan ke dalam hospital di Turki selama tiga  minggu juga adalah satu faktor yang tidak boleh di pandang ringan. Lebih-lebih lagi bila DAP sendiri menghantar Nga Kor Ming bagi mewakili parti itu. Tindakan PKR seolah-olah memperlekeh Hadi Awang sedang keadaannya ketika itu adalah serius.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...