Pejabat Khalid Ibrahim dipecah masuk pagi ini


Khalid Ibrahim

(Harakah Daily) – Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini dipecah masuk pada awal pagi ini.

Pegawai Tadbir Pusat Khidmat Parlmen Bandar Tun Razak, Idris Mohktar berkata kejadian itu disedari seorang pekerja di pusat khidmat itu pada 7.40 pagi yang datang untuk memulakan tugas.

Katanya antara barang yang hilang adalah sebuah komputer laptop berharga RM2,500, duit dianggarkan RM2,000 dan walkie talkie berharga RM600 dan barang-barang lain.

“Apabila pekerja tiba pintu grill di bawah tangga bertutup tetapi pintu masuk dikopak dengan sistem kad akses masuk berterabur.

“Kami pekerja pada jam 9.00 pagi baru masuk untuk melihat apa barangan yang hilang,” katanya kepada Selangorkini.

Idris berkata pihak pejabat membuat laporan polis berkenaan kejadian itu di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan lanjut polis menjalankan siasatan.



Comments
Loading...