DUN Terengganu dibubar esok?


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_SultanTerengganu_zpsc81ff8db

(Free Malaysia Today) – Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dijangka dibubar esok berikutan tiga ADUN telah keluar dari Umno.

Menurut sumber, Menteri Besar, Datuk Razif Abdul Rahman dijangka menasihati istana untuk membubarkan DUN berikutan perkembangan politik terkini.

Malam tadi tiga ADUN telah mengumumkan keluar dari Umno iaitu bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.

Kini BN mempunyai 14 kerusi sama banyak dengan PAS. Bebas 3 orang dan PKR 1 orang.

“Menteri Besar sedang menunggu arahan darti Putrajaya untuk membubarkan DUN,” kata sumber itu kepada FMT.

Sementara itu ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman telah menafikan akan keluar dari Umno.

Menurut Ahmad Said, tiga orang ADUN lagi akan menyebelahi beliau dan jika ia berlaku kerajaan BN akan tumbang.

PAS pula sedang mengadakan mesyuarat berikutan perkembangan terkini di Terengganu.

“Justru itu pilihan terbaik bagi Razif ialah menasihati istana untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat,” katanya lagi.

 



Comments
Loading...