Hudud boleh diluluskan dengan majoriti mudah?


pas-hudud

Ini bermakna PAS hanya kekurangan empat undi untuk memastikan rang undang-undang ini berjaya diluluskan.

(Free Malaysia Today) – Akhbar Sinar Harian mendakwa hukum hudud boleh diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan majoriti mudah 112 kerusi.

Dalam rencana Mohd Zailani Abd Rahman berjudul “Empat undi jadi penentu” yang diterbitkan pada 3 Mei lalu, beliau berkata usaha agresif ini terjadi ketika pentadbiran Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mememasuki ulang tahun pertama pemerintahan pada 6 Mei ini.

“Persoalannya, adakah Kelantan boleh mendapat sokongan bagi memperolehi majoriti mudah 112 kerusi? Umum mengetahui PAS hanya memiliki 21 kerusi di parlimen, paling kecil dalam Pakatan Rakyat berbanding PKR 30 dan DAP 38,” tulis beliau.

Zailani berkata DAP terang-terang menolak hukum hudud begitu juga PKR walaupun memiliki 16 wakil rakyat Islam tetapi pendirian mereka seolah-olah ingin menjaga hati pengundi bukan Islam.

Katanya, PAS boleh mengharap sesuatu dari ahli parlimen Umno seramai 87 wakil Islam manakala satu bukan Islam.

“Sekiranya ia diterjemahkan dalam bentuk undi , ahli parlimen PAS dan Umno sudah mewakili 108 undi. Ini bermakna PAS hanya kekurangan empat undi untuk memastikan rang undang-undang ini berjaya diluluskan,” dakwanya lagi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...