Surat Terbuka kepada Three Wise Men: Cadangan Pembubaran JPP Kelantan
Berdasarkan semangat perlembagaan dan konsep federalisme, maka adalah amat wajar dan bernas sekali untuk menyalurkan kembali peruntukan Pusat kepada Negeri secara terus dan tiada perantaraan seperti JPP Kelantan. Cukuplah sudah dengan segala permasalahan dan pergaduhan yang terjadi selama tempoh terbabit.
Suara Dalaman Semasa
Salam YBhg Tan Sri KSN, Tan Sri KPPA dan Tan Sri KSP,
Sebagai 3 orang atau disebut three wise men dalam perkhidmatan awam, maka sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk membubarkan JPP Kelantan dengan serta-merta. Belum pernah dalam sejarah perkhidmatan awam negara, inilah satu-satunya jabatan yang menjadi pertikaian umum dan sentiasa dikritik biarpun usianya sudah hampir suku akad.
Kerajaan Malaysia perlu menerima hakikat bahawa tidak mungkin bagi Barisan Nasional untuk mendapat kembali kepercayaan rakyat Kelantan dan diberi mandat selepas pilihanraya. Hakikatnya UMNO Kelantan lebih gemar berbalah sama sendiri dan berebut jawatan di peringkat bahagian masing-masing daripada memenangi pilihanraya. Oleh itu, maka adalah wajar bagi Kerajaan Malaysia menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat Kelantan kepada parti PAS untuk menerajui Kerajaan Negeri Kelantan.
Berdasarkan semangat perlembagaan dan konsep federalisme, maka adalah amat wajar dan bernas sekali untuk menyalurkan kembali peruntukan Pusat kepada Negeri secara terus dan tiada perantaraan seperti JPP Kelantan. Cukuplah sudah dengan segala permasalahan dan pergaduhan yang terjadi selama tempoh terbabit.
Apabila ditubuhkan JPP Kelantan, maka secara tidak langsung Kerajaan Malaysia telah mengheret penjawat awam dan agensi kerajaan pusat untuk berpolitik dalam mengagihkan peruntukan. Ini adalah menyalahi undang-undang dan amalan sebegini tidak wajar sama sekali diteruskan.
Untuk makluman YBhg 3 Tan Sri, penjawatan di JPP Kelantan adalah bersifat sementara walaupun sudah menjangkau usia hampir suku abad. Antara semua pejabat negeri, inilah jabatan paling banyak penjawatan iaitu lebih 200 orang tidak termasuk kakitangan kontrak. Fungsinya sudah bertindan dengan pejabat SUK dan pejabat tanah & jajahan.
Tidak wajar bagi pembayar cukai untuk dibazirkan wang mereka dengan penubuhan agensi kerajaan yang melakukan kerja-kerja pentadbiran yang hampir sama. Pegawai kerajaan dan agensi kerajaan seharusnya bebas dan neutral dalam melaksanakan tugas mereka untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik tanpa mengenal fahaman dan kiblat politik.
Bayangkan di peringkat penghulu ada 2 iaitu negeri dan pusat. Sepatutnya penghulu ini terdiri dari kakitangan awam iaitu skim NP17 yang akan mendapat arahan dari pegawai daerah. Sebaliknya dengan lantikan penghulu atau JKKKP di kalangan politik, maka mereka akan lebih akur pada arahan Ketua UMNO Bahagian masing-masing.
Oleh itu, maka adalah amat wajar dengan suasana selepas pilihanraya dan inilah masa yang paling sesuai untuk melakukan tindakan yang paling wajar dalam sejarah perkhidmatan awam iaitu membubarkan JPP Kelantan dengan serta-merta.
Lakukan rombakan pada Arahan No 1. 2010 Majlis Tindakan Negara.
Kuasa ada di tangan YBhg Tan Sri untuk dilakukan perubahan drastik yang bakal mengubah lanskap politik dan pembangunan di negeri Kelantan. Zaman sekarang tidak macam dulu lagi. Rakyat semakin bijak dan mampu menilai tindakan kerajaan samada tersurat atau tersirat. Apabila tiba PRU ke-14 nanti, ramai anak muda dan golongan belia akan bangkit melawan kemungkaran dan kebejatan birokrasi semasa.
Sekurang-kurangnya apabila bersara kelak, at least you did the right thing to restore back the public trust on public institution.
Sekian, dan terima kasih kerana membaca. Harap disusuli dengan tindakan serta-merta.
************************************************
Berikut dilampirkan beberapa link dari artikel yang terdapat di laman web untuk makluman dan rujukan YBhg Tan Sri.
1) http://www.freemalaysiatoday.
2) http://alkubrawiyyah.blogspot.
3) http://www.roketkini.com/2012/
4) http://bm.harakahdaily.net/
5) http://syukri54.blogspot.com/
7) http://idrisahmad.wordpress.
8) http://www.sinarharian.com.my/