Portal dedah Anwar berbohong isu pekerja Bangladesh di Dewan Rakyat


anwar-bnbbc513

VIDEO ‘KANTOI’ DI DALAM

Ini bukan kali pertama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim KANTOI, dan bukan juga kali pertama kantoi tanpa ada rakaman video, cuma barangkali ini kali pertama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kantoi bersama rakaman video di Dewan Rakyat.

Ia berhubung isu pekerja Bangladesh, pada 19 November lalu, dan didedahkan oleh portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional, BNBBC.MY.

Dalam satu laporan eksekusif Khamis, BNBBC.MY melaporkan  Anwar yang selalu dikecam kerana dikatakan kerap berbohong tidak mungkin berani berbuat demikian di Dewan Rakyat yang dianggap dewan mulia kepada ahli-ahli Yang Berhormat.

Bagaimanapun, jika sesiapa yang berada di Dewan Rakyat pada 19 November lalu atau meneliti hansard, jangan terperanjat dengar Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong menafikan kenyataan hanya selepas beberapa minit perkara itu keluar mulutnya.

Insiden berlaku ketika  Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainuddin sedang menjawab perbahasan bajet kementeriannya apabila ahli parlimen Permatang Pauh mencelah mengenai cadangan kerajaan membawa 500 ribu pekerja Bangladesh.

Anwar yang bangun mencelah antara lain berkata, “…saya faham hubungan baik Malaysia-Bangladesh yang harus dipertahankan sehingga hendak bawa 500,000 pekerja Bangladesh dan mengenepikan kepentingan penganggur di Malaysia. Itu satu soal lain, mungkin akan didaftar oleh SPR kemudian……”

Hamzah ketika meneruskan penggulungan menjelaskan “ Yang Berhormat Permatang Pauh kata hendak bawa 500,000 orang Bangladesh untuk ke Malaysia dan akhirnya akan diregisterkan sebagai pengundi. Itu seperti pembohongan yang dibuat dan yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi…”

Beliau bermaksud Anwar berbohong dengan menuduh 500,000 rakyat Bangladesh akan didaftar sebagai pengudi.

Anwar kemudiannya bangun menafikan secara berterusan sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara beliau dengan Hamzah.

“Saya tidak check hansard, ada atau tidak saya akan akan daftar..saya kata jangan didaftarkan. Boleh bohong macam inikah?,”

“…Saya kata jangan, bukan saya kata didaftarkan. Semua ada dengar. Saya minta orang UMNO kalau berani, cakap yang benar…,”

“..Saya tidak kata 500,000 didaftarkan sebagai SPR, oleh SPR. Saya kata jangan ulang daftar,” tegas Anwar.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...