Pergi ke Mekah untuk Berhibur
Mekkah bukan sahaja untuk orang warak dan beriman, tetapi ia adalah juga tempat untuk orang menipu dan belajar menipu.
Mansor Puteh
Pergi ke Mekah untuk berhibur seperti berada di Disneyland dan belajar menipu! Rakam video secara haram dan curi air zam-zam dari kumpulan mengerjakan umrah dan jual balik kepada mereka, dan jual kain tutup kaabah tiruan dengan harga tinggi.
Biasanya orang Islam pergi ke Mekkah untuk buat ibadah, atau dia sudah lama tinggalkan ugama, dan mahu bertaubat supaya bila dia tiba di sana mengerjakan Umrah atau Haji, dia akan menjadi insan yang lebih soleh dan baik.
Dan biasanya bila dia kembali ke Tanah Air, dia akan menjadi orang yang lebih baik dari dulu.
Ini kebiasaannya berlaku.
Tetapi ada juga orang yang mengaku dirinya Islam yang pergi ke Mekkah bukan untuk membuat ibadah, tetapi belajar untuk menipu.
Ada bermacam-macam peluang yang dia dapat untuk menipu orang lain yang semestinya orang Islam lain.
Ia adalah dalam bentuk mencuri air zam-zam, menjual tasbih dan sebagainya.
Tetapi ada yang menipu dengan mengaku mempunyai kain tutub Kaabah, sedangkan kain yang dijual itu bukan kain tutup Kaabah yang asal tetapi kain yang mempunyai tulisan khat yang dibeli di bazaar di Arab Saudi.
Malah kain seperti itu yang diguna oleh ramai umat Islam sebagai perhiasan rumah boleh dibeli di mana-mana bazaar di Iran dan negara Islam lain.
Yang sedihnya, orang yang menipu itu adalah orang yang sudah lama tinggal di Mekkah, jadi dia tahu di mana dia boleh cari barang untuk dijual dengan harga yang tinggi dengan membelinya dengan harga yang murah.
Yang mereka tipu itu adalah orang Islam lain yang beria-ia fikir yang kain tutup Kaabah itu adalah kain yang tulen.
Mereka tidak sedar mereka ditipu sebab percayakan orang Islam lain yang kononnya sudah lama tinggal di Mekkah dan sudah pastinya sudah menjadi warak.
Tetapi mereka tidak sedar diantara ramai orang Islam dari Malaysia yang telah lama menetap di Mekkah ada segelintir pergi ke sana bukan untuk buat ibadah.
Mereka ke sana khas untuk menyiaga.
Ada yang pergi ke sana untuk belajar menipu.
Tetapi yang peliknya ialah mereka yang menetap di Mekkah lama ini, tidak mempunyai wajah yang manis, seperti ramai orang Islam yang baru sahaja pulang dari mengerjakan Haji yang mempunyai perwatakan yang baik dan paras yang bersih.
Paras mereka tidak menunjukkan mereka orang warak. Mereka tetap mempunyai waras yang biasa, seperti orang yang tidak pernah menjejakkan kaki di Mekkah atau mengerjakan Haji yang sebenarnya atau Haji yang Mabrur.
Sekarang ini mengerjakan fardu Haji tidak susah seperti dulu; orang boleh pergi ke Mekkah dengan menaik pesawat dan boleh berhubung dengan sanak-saudara dengan talipon setiap masa dan dengan secara Skype.
Dan masa untuk terbang dari Malaysia ke Mekkah juga tidak lama, sekadar lapan jam, berbanding dengan beberapa minggu dengan menaikki kapal laut dari Perlabuhan Kelang.
Dulu orang menghabiskan tiga-empat bulan hingga enam bulan untuk mengerjakan Haji. Sekarang orang boleh melakukannya dalam masa satu minggu hingga dua bulan.
Jadi, kerja menunaikan fardu Haji sekarang tidak seterik seperti dahulu dan orang juga boleh balik ke Mekkah untuk mengerjakan Umrah setiap bulan.
Tetapi ini tidak bermakna orang yang telah beberapa kali mengerjakan Haji atau Umrah atau telah lama menetap di Mekkah itu adalah orang Islam yang lebih baik dari mereka yang belum mengerjakannya.
Ramai orang yang tidak berpeluang untuk mengerjakan Umrah atau Haji adalah orang Islam yang lebih mulia berbanding dengan mereka yang telah menetap lama di Mekkah, yang pergi ke sana untuk tujuan perniagaan dan juga menipu!
Dan walaupun mereka akan terus menetap di Mekkah mereka akan terus mencari jalan untuk menipu orang lain yang sudah semestinya orang Islam lain yang percayakan mereka sebab mereka fikir orang yang telah lama menetap di Mekkah itu adalah orang lebih warak dari mereka sendiri.
Sebab mustahil orang Islam yang telah menetap lama di Mekkah itu akan buat perkara-perkara yang tidak baik yang boleh mendatangkan dosa.
Ada. Ada orang yang pergi ke Mekkah dan menetap lama di situ yang terus menipu. Dan mereka akan terus menipu selagi mereka mahu menipu.
Mekkah bukan sahaja untuk orang warak dan beriman, tetapi ia adalah juga tempat untuk orang menipu dan belajar menipu.
Dan ada orang yang pergi ke Mekkah menunaikan fardhu Haji tetapi menipu syarikat penerbangan dengan menyorokkan barang-barang yang mereka bawa ke dalam pesawat supaya ia tidak melebih had barang yang diberi.
Jadi, sebab apa mereka mahu ke Mekkah?
Saya menunaikan Umrah tidak berapa lama dulu, dan bila saya diberitau mengambil gambar di Masjidil Haram adalah melanggar peraturan, saya langsung tidak mengambil sekeping gambarpun.
Oleh sebab itu saya tidak mempunyai sebarang gambar di dalam masjid ini atau di Masjid Nabawi di Madinnah.
Gambar-gambar yang saya ada adalah gambar-gambar yang diambil di tempat lain.
Tetapi sekarang ini saya dapat lihat orang yang menunaikan Umrah dan juga Haji mempunyai gambar-gambar dan juga vidio yang dirakam di dalam Majidil Haram dan Masjid Nabawi seperti mereka membuat rakaman untuk YouTube atau klip vidio.
Mereka mengguna kamera tangan sebab mereka dilarang membawa alat elektronik rakaman ke dalam kawasan masjid itu.
Dan mereka lebih ghairah menghabiskan masa buat rakaman ini dari mengerjakan Umrah atau Haji, sama seperti mereka lakukan semasa pergi ke Disneyland dan pusat hiburan lain.