Kenapa Anwar gagal? (Bhgn 2)


http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/11/anwar-at-pkr-confab.jpg 

Anwar seharusnya keluar terus daripada bayang-bayang Umno dan serahkan perjuangan parti itu kepada golongan muda yang tidak pernah menjadi ahli atau menyertai Umno. 

Sudah tiba masanya, pemimpin muda seperti Rafizi Ramli dan Nurul Izzah diberi peranan yang lebih penting dalam memilih bakal-bakal pemimpin akan datang. 

Oleh Musli Oli, FMT 

Rumusannya pada PRU 1969, 1999 dan 2008, parti-parti pembangkang menyertai pilihan raya  tanpa seorang general yang hebat tetapi masih mampu menggugat kerajaan Barisan Nasional. Berbeza dengan  PRU 2013,  parti-parti pembangkang telah berpengalaman dan cukup bersedia serta mempunyai seorang general perang yang berpengalaman dan dianggap sebagai ikon kepada perjuangan reformasi..

Tetapi masih gagal. Persoalan besarnya kenapa?

Jika soalan itu ditanya kepada pemimpin PR, rata-rata jawapan yang diberikan – proses pilihan raya tidak telus. Keputusan BN menang telah ditetapkan. Suruhan Jaya Pilihan Raya atau SPR menipu!. Itulah jawapan dan alasan yang paling mudah. Jawapan yang tidak memerlukan satu post mortem  mengkaji dimana kelemahan dan kesilapan parti pembangkang. Tanpa disedari, dengan memberi alasan seperti itu, kesan negatif bukan kepada pemerintah tetapi kepada parti pembangkang. Alasan bahawa SPR menipu hakikatnya adalah senjata yang memakan tuan.

Seminggu selepas pilihan raya, penulis bertemu dengan  seorang aktivis muda yang menyokong  DAP. Pertemuan itu berlaku disebuah kedai gunting rambut di Luyang, KK, Sabah. Kawasan Luyang termasuk dalam DUN dan parlimen yang dimenangi DAP. Anak muda itu menceritakan bagaimana mereka sanggup balik ke Sabah dengan perbelanjaan sendiri dan menggunakan wang ringgit serta kepakaran mereka untuk membantu menangkan PR khususnya DAP.

“Ada yang datang dari Australia, Canada, Australia dan Amerika. Kita betul-betul buat kerja dan banyak pakai wang sendiri”

“Kita mahu sokong PR kerana mahu negara Malaysia baru yang lebih adil pada semua bangsa. Tapi bila sudah kalah Anwar cakap, SPR tipu! Kalau tipu, apa guna balik Sabah? Apa guna buang duit? Next time, kita diam-diam. Tak payah balik Sabah. Apa guna? Kalau SPR tipu, bagus sokong BN la. Sama-sama cari makan”

Reformasi

Apakah anak-anak muda yang mendokong reformasi telah putus asa? Barangkali tidak. PR masih mendapat sokongan di kawasan bandar dan pinggir bandar. Masih ramai di luar sana inginkan satu gerakan perubahan yang menyeluruh yang boleh memberi “new deal” yang lebih baik kepada golongan muda. Persoalannya, Apakah Anwar Ibrahim masih boleh menjanjikan kejayaan terhadap gerakan reformasi setelah gagal pada PRU lalu?

Apa kurangnya Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah menentang Umno dan BN? Seperti Anwar Ibrahim, Ku Li juga menjadi mangsa politik Tun Mahathir. Mungkin tidak dipenjarakan, tetapi Ku Li masih mendapat simpati dari orang Melayu kerana teraniaya seperti Anwar. Ku Li  dipinggirkan Umno Baru setelah Umno diharamkan. Ku Li dikatakan menang pada pemilihan 1987 tetapi tidak menjadi Presiden Umno kerana permainan politik kotor Tun Mahathir.

Ku Li menubuhkan Semangat 46 dan berjaya menggabungkan parti pembangkang PAS dan DAP dalam APU. Ternyata APU mendapat sokongan daripada semua kaum. Malah kelebihan kepada Ku Li berbanding Anwar Ibrahim, ialah partinya mendapat sokongan daripada parti PBS yang memerintah negeri Sabah pada ketika itu. Tetapi Ku Li gagal menumbangkan BN.

Faktor utama kegagalan Tengku Razaleigh Hamzah ialah kegagalan beliau dan partinya menarik minat golongan muda dan pengundi baru untuk sama-sama menentang BN. Ku Li masih berpolitik dalam ruang lingkup  UMNO. Memilih pemimpin-pemimpin daripada Umno bukan orang-orang baru yang mendokong perubahan. Dalam pemilihan calon-calon, orang-orang yang sama dipilih.

Anwar Ibrahim mengulangi kesilapan besar Tengku Razaleigh bila buat pertama kali sebagai Ketua Pembangkang mengetuai PR dalam PRU yang lalu. Secara umum, Anwar Ibrahim mendapat sokongan padu daripada golongan muda. Pakej yang dijanjikan kepada orang muda amat menarik seperti mansuh PTPTN dan sebagainya. Secara keseluruhan populariti Anwar kepada pengundi baru dan “silent majority” lebih bagus berbanding Ku Li. Tetapi bila tiba masa yang amat penting, seperti Ku Li, Anwar Ibrahim terus dibayangi Umno.

READ MORE HERE 



Comments
Loading...