Sudah ada akhbar yang takut kepada Ku Li


Nampak sangat akhbar ini ada motif nak memalukan Ku Li sedangkan Ku Li sudah buat keputusan berundur jadi Ketua Bahagian Jumaat lalu. 

Zabidi Saidi, FMT

Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dengan penggilan Ku Li belum buat pengumuman jawatan apa yang akan ditandingi pada 19 Oktober nanti, tetapi sudah ada akhbar harian milik Umno yang takut kepada Ku Li.

Apa motif akhbar itu menyiarkan berita “Jawatan Ketua UMNO Gua Musang disandang Ku Li dicabar “ pada hari ini sedangkan pada Jumaat lalu Bernama sudah melaporkan Ku Li tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Bahagian.

Nampak sangat akhbar ini ada motif nak memalukan Ku Li sedangkan Ku Li dalam laporan Bernama pada hari Jumaat lalu telah mengatakan , “Sudah sampai masanya untuk saya berundur dan carilah pemimpin baharu yang lebih jujur dan adil dalam memberi khidmat kepada rakyat”.

Akhbar arus perdana itu melaporkan Ku Li yang menyandang jawatan itu sejak 51 tahun lalu akan dicabar pada pemilihan parti itu Oktober ini.

Akhbar itu menulis menurut sumber, nama yang disebut-sebut akan bertanding merebut jawatan itu adalah Ketua Pemuda UMNO Gua Musang sendiri iaitu Datuk Bazlan Baharuddin dan beberapa nama lain.

Sumber tersebut berkata, pemilihan kali ini adalah platform terbaik untuk mana-mana pemimpin muda menampilkan diri selaras dengan hasrat ahli akar umbi UMNO sendiri yang mahu melihat lebih ramai pemimpin muda diangkat naik.

Selain itu, sumber tersebut turut memaklumkan bahawa seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di daerah itu akan turut mencabar jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang kini disandang oleh ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani.

Nampak sangat editor akhbar itu tidak membaca berita Bernama Jumaat lalu kerana masih lagi menyiarkan berita yang out of date. Buat malu sahaja akhbar arus perdana itu.

Bernama melaporkan bahawa PRU13 lalu adalah yang terakhir baginya tetapi beliau masih meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan itu sehingga ada pemimpin baharu yang dapat menggantikannya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...