Usaha buang Waytha


Subky Abdul Latif, MM

Tidak yang lebih tepat untuk dikatakan, luahan beberapa menteri terhadap sikap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Waythamoorthy tentang lima orang yang ditembak polis di Pulau Pinang yang dikatakan pejenayah adalah usaha untuk menyngkirkannya dari kerajaan.

Sekurang-kurangnya tiga menteri, Datuk Seri Hisshamuddin Hussein Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri dan Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan menyifatkan Moothy tidak layak berada dalam barisan kerajaan dan eloklah dia meninggalkan jawatannya.

Moothy telah mengkritik polis kerana menembak mati lima orang keturunan India melalui media. Mereka mengira pemimpin Hindraf/Makkal Sakti itu lebih merasakan dirinya sebagai aktivis NGO dari seorang timbalan menteri, justeru itu eloklah tidak berada dalam kerajaan lagi.

Moorthy tidak menyertai PRU 13 lalu tetapi mengira perlantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atasnya dikira mewakili masyarakat India dan mahu membantu kerajaan membela nasib kaum India. Atas andaian dan kapisitinya untuk membentu masyarakat India, maka dua menyuarakan apa saja yang menyentuh India termasuk kejadian di Pulau Pinang itu.

BN sudah punya cukup komponen parti yang mewakili masyarakat India, tetapi ia masih  dikira tidak memadai oleh Perdana Menteri bagi menarik sokongan masyarakat India terutamanya dalam PRU yang lalu.

Seperti terdesak Najib meresui Makkal Sakti, NGO kumpulan Hindraf menjadi parti politik  dan menyertai BN. Kecenderungan penyokong Makkal sakti/Hindraf menyokong BN selepas PRU 2008 dikira sebab BN memenangi beberapa Pillihan Raya Kecil pra PRU 13.Sokongan pengundi India dalam PRU 13 lebih baik dari PRU 2008.

Kerana Najib tidak mahu kehilangan banyak pengundi India, maka ia menawarkan jawatan timbalan menteri kepada Moothy yang dikira mewakili Makkal Sakti/Hndraf.

MIC tidak dikira  denak yang baik sebelumnya. Apakah ia sudah pulih menjelang PRU 13? Apakah benar Makkal Sakti/Hindraf telah menstabilkan sokongan India kepada BN? Apa pun Makkal Sakti lebih meyakinkan Najib dar lain-lain parti orang India dalam BN. Dengan demikian Moorthy yang mewakili kumpulan itu dijadi Timbalan Menteri.

Moorthy tambil adalah untuk membela nasib mayarakat India dan dia membantu kerajaan dalam perkara itu.

Bila berlaku kejadian di Pulau pinang, maka Moorthy tampil menyurakan bantahannya. Lain-lain kerabat BN termasuk MIC tidak kedepan. Moorthy tidak dilihat mewakili Makkal Sakti?Hindraf jika dia tidak menyuarakan hal itu.

Sikapnya itu tidak menyenangkan menteri-menteri UMNO dan telah memalukan kerajaan. Tetapi Moorthy telah menjalankan peranannya sesuai dengan kesukaan kaum yang diwakilinya  dan dia jadi timbalan menteri kerana menjaga nasib dan kepenteingan mereka.

Umno telah menyatakan bantahan kepada Moorthy sesuai daengan apa yang Umno perlukan  dan Moorthy telah menyatakan pandangaan sesuai dengan kemahuan orang yang diwakilinya. Kedua-duanya mewakili golongan masing-masing.

Cuma suara para profesor yang menyalahkan Moorthy mewakili siapa? Mewakili orang akadamikkah atau memang majlis profesor itu mewakili Umno juga?

Bantahan menteri-menteri Umno itu boleh menempelak Najib. Dia mahu memenangi sokongan Makkal Sakti dan India, sedia mengambil aktivis Hindraf menjadi timbalan menteri, tetapi oran g yang diambilnya sudah memalukannya.

Dan jika Moorthy dibuang, ia akan menyebabkan sokongan orang India kepada kerajaan  dan BN akan terhakis semua dan menjadi masalah lagi kepada Najb. Adakah Najib sudah mamuat kesilapan?

 



Comments
Loading...