Kisah Sebenar – Anwar Yang Tawarkan Perpaduan Dengan Najib
Pujukan demi pujukan oleh Anwar Ibrahim akhirnya membuat Jusuf mengalah dan bersetuju untuk menjadi orang perantara. Jusuf sepatutnya ke Kuala Lumpur untuk bertemu Datuk Seri Najib pada malam 11 Ramadhan. Namun disebabkan oleh pesawat peribadinya mengalami kerosakkan Jusuf terpaksa membatalkan kedatangannya ke Kuala Lumpur pada 11 Ramadhan.
RBF ONLINE
Beberapa hari lepas Anwar Ibrahim membuat kenyataan bahawa beliau mengesahkan Datuk Seri Najib menawarkan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengannya. Sini
Seperti biasa….setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Anwar kita tak boleh percaya 100 peratus kerana ianya datang daripada seorang munafik. Sebelum pilihan raya umum yang lepas dia berjanji akan mengundurkan diri dari politik sekiranya pakatan pimpinanannya gagal mengambil alih pemerintahan negara. Selepas PRU lain pula jadinya. Tak munafik ke namanya itu ?
Sekarang dia kata pula Najib tawar perpaduan dengannya…
Apa sebenarnya yang berlaku ?
Anwar telah terlepas peluang terbaik untuk menjadi PM dalam PRU lepas. Selepas PRU beliau sudah tidak dihormati oleh sekutu-sekutunya. Orang-orang mereka lebih menghormati Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng, kerana dua orang itu lebih berkuasa berbanding Anwar yang hanya berjawatan Ketua Pembangkang. Itu pun atas ehsan DAP….
Anwar inginkan kuasa….Anwar ingin dihormati dan disanjungi….Anwar juga bengang kerana Khalid Ibrahim banyak tidak mengikut arahan-arahannya….
Anwar ke Indonesia sekali lagi dan berjumpa Jusuf Kalla merayu-rayu meminta Jusuf agar menolongnya sekali lagi menjadi perantara antara beliau dan Najib. Jusuf agak keberatan untuk menjadi orang tengah sekali lagi kerana beliau telah ada pengalaman ditipu Anwar semasa menjadi orang tengah dalam kes perjanjian PRU lepas.
Selepas pertemuan Anwar berkali-kali menghubungi Jusuf merayu-rayu agar menolongnya. Dalam bulan Ramadhan Anwar ada menghubungi Jusuf dan salah satu ayat yang digunakan dalam perbualan tersebut seperti berikut,
“Bilang sama Pak Najib di bulan Ramadhan perlu bermaaf-maafan”.
Antara yang ditawarkan Anwar untuk membentuk perpaduan dengan Najib seperti berikut,
1) Anwar akan memecat Khalid Ibrahim dan Najib boleh memilih individu pilihannya untuk mengetuai Selangor.
2) Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
3) Empat orang ahli parlimen PKR dilantik sebagai menteri.
Pujukan demi pujukan oleh Anwar Ibrahim akhirnya membuat Jusuf mengalah dan bersetuju untuk menjadi orang perantara. Jusuf sepatutnya ke Kuala Lumpur untuk bertemu Datuk Seri Najib pada malam 11 Ramadhan. Namun disebabkan oleh pesawat peribadinya mengalami kerosakkan Jusuf terpaksa membatalkan kedatangannya ke Kuala Lumpur pada 11 Ramadhan.
Jusuf Kalla ke Kuala Lumpur pada 20 Ramadhan bersamaan dengan 28 Julai 2013 setelah pesawatnya boleh digunakan.
Jusuf datang bersama beberapa lagi ahli rombongannya. Antara yang datang bersama Jusuf adalah, Ade Dwi Irawan, Hamid Awaludin dan Emir Chairullah.