4 insiden tembakan senjata api di Hari Raya pertama semalam
(TMI) – Empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam semasa umat Islam menyambut hari raya semalam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.
Di Kuala Lumpur, insiden senjata api dilaporkan berlaku di sebuah restoran Pelita,Desa Seri Hartamas kira-kira 7.30 pagi semalam.
Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah menyatakan dari siasatan awal mendapati ia sebagai kemalangan akibat perlakuan sendiri.
Mangsa merupakan seorang lelaki India berusia 27 tahun bekerja sebagai pemandu teksi dan pengutip hutang sambilan.
“Kira kira jam 7.30 pagi mangsa yang selesai kerja pergi ke restoran Pelita untuk mengutip hutang.
“Mangsa kemudiannya kembali ke kereta untuk mengambil pistol lalu melepaskan dengan tidak sengaja hingga mengenai tapak tangan kiri dan peha kiri kaki mangsa,” kata Ku kepada The Malaysia Insider.
Mangsa dirawat di Pusat Perubahan Universiti Malaya PPUM.