NGO Islam-Melayu desak usir Duta Vatican


Tindakan ini perlu diambil kerana beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran 

Tindakan ini perlu diambil kerana beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran – See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/12/ngo-islam-melayu-desak-usir-duta-vatican/#sthash.EIwX2Sdp.dpuf

(FMT) – Gabungan NGO Islam-Melayu mendesak kerajaan mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Archbishop Joseph Marino kerana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Ketua Sekretariat Publisiti, NGO Melayu-Islam, Dzulkarnain Taib berkata, tindakan ini perlu diambil kerana beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran negara.

“Tindakan biadap dan kurang ajar Duta tersebut secara jelas membuktikan kehadiran beliau di negara ini bukanlah dengan niat yang baik tetapi tersirat agenda yang lebih licik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Dzulkarnain, seharusnya Duta yang dilantik membantu menjalinkan hubungan yang baik di antara negara tetapi perbuatan Marino sudah tentu melampaui batas bidang tugasnya sebagai Duta dan berniat jahat.

“Kami bimbang jika perbuatan di luar batasan diplomatik ini tidak ditangani dengan segera dan tegas oleh Kementerian Luar maka ini akan menjurus kepada campur tangan yang lebih serius termasuk mendokong gerakan Kristianisasi yang disasarkan kepada umat Islam di negara ini.

“Marino sudah melangkaui bidang tugasnya sebagai seorang diplomat yang mewakili Paus Francis dengan mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan serta memihak kepada penganut Kristian di negara ini dengan menekan umat Islam,” ujarnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...