‘Teladan buruk’ jika Pakatan terima tawaran berhimpun di stadium, kata Rafizi


Ida Lim, TMI

Pakatan Rakyat (PR) bertegas untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi himpunan “Blackout 505”, dimana ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli berkata sekiranya mereka menerima tawaran berhimpun di stadium akan memberi “teladan buruk” kata himpunan-himpunan lain di masa depan.

Rafizi berkata orang ramai mahu melaksanakan hak untuk berhimpun secara aman selagi ianya tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Ia memberikan satu teladan yang sangat buruk,” kata Pengarah Strategi PKR kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis di sini hari ini.

Menurut Rafizi, tidak ada perkara baru yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu, dengan pihak berkuasa menegaskan pembangkang PR perlu menggunakan stadium dan bukannya ruang terbuka, walaubagaimanapun PR masih mahu menggunakan padang berhampiran mercu tanda Dataran Merdeka di pusat bandar di sini.

“Ia masih buntu. Saya fikir ia adalah status quo,” kata Rafizi.

Dua pemimpin PR, seorang lagi ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul, dan DAP Fong Kui Lun, juga menghadiri mesyuarat itu kerana telah dipanggil oleh Datuk Bandar.

Pemimpin-pemimpin PR berkata majlis kepimpinan akan membuat keputusan muktamad mengenai perkara ini.

PR telah mengadakan siri perhimpunan “Black 505” besar-besaran di seluruh negara sejak 5 Mei lalu untuk membantah dakwaan penipuan undi pada pilihan raya umum 2013 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa, walaupun kehilangan undi popular.

Baru-baru ini PR menegaskan mereka akan tetap meneruskan perhimpunan di Padang Merbok, Petaling Jaya walaupun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan himpunan tersebut dengan tidak memberi kebenaran untuk menggunakan Padang Merbok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan telah menerima notis pemberitahuan untuk mengadakan Perhimpunan Black 505 Kuala Lumpur daripada penganjur pada 15 Jun ini, tetapi notis tersebut “tidak lengkap”.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...