Isu perpaduan kaum: belum ada pihak yang memulakan perjuangan itu


http://2.bp.blogspot.com/_RwDqGs6z928/SvAacj_xQkI/AAAAAAAAAJs/1dHK84mMpSw/S220/New+Image.JPG 

Keuntungan dipihak DAP masih lagi tinggi sekarang ini kerana anak-anak muda yang dinyanyikan dengan lagi ‘multiracial’ itu masih memainkan isu itu walaupun pada hakikatnya isu perkauman itu hanya menguntungkan kepada parti yang memainkan isu perkauman ini dengan begitu ‘smart’ tadi sahaja. 

Aspan Alias 

Setelah lama selesainya pilihanraya ke13 yang lalu, isu yang paling besar selain dari isu rasuah dan salahguna kuasa, ialah isu perkauman yang dimainkan oleh kedua-dua belah pihak. UMNO menakutkan orang Melayu yang jika Pakatan Rakyat menang orang Melayu akan diketepikan dan bangsa Cina akan mempengaruhi situasi politik negara.
Baik PKR mahu pun DAP membalas dengan menghentam BN yang isu menakut-nakutkan orang Melayu. Itu, kata DAP dan PKR menunjukkan yang BN itu adalah parti yang ‘desperate’ kerana menggunakan isu ‘sensitive’ ini bagi mendapatkan sokongan orang Melayu. BN menyedari yang orang-orang Cina sudah membelakangkannya.
Isu ini amat laku terutamanya kepada yang muda-muda dan BN kehilangan banyak sokongan walaupun tidak mencukupi untuk dikalahkan oleh pihak Pakatan Rakyat seperti yang kita lihat dari keputusan PRU ke 13 itu. Apabila selesai pilihanraya barulah ramai menyedari yang isu perkauman itu sesungguhnya memberikan impak besar yang ‘negative’ terhadap BN. Di sebaliknya ia memberikan kesan yang baik pula kepada PR terutamanya kepada DAP.
Akhirnya kita jelas terlihat yang DAP seperti juga parti Gerakan, walaupun di khabarkan sebagai parti berbilang kaum tetap dikuasai oleh kaum Cina juga. Baik dari penguasaan pimpinan di peringkat CEC nya mahupun dari perwakilannya dalam barisan pemilihan ahli-ahli Legislatifnya. Kaum Cina hampir seratus peratus menguasainya.
Bak kata perbilangan ‘blood is thicker than water’, mana-mana kaum pun belum lagi memulakan semangat penyatuan kaum yang sebenarnya. Ia masih lagi sebagai ‘indah khabar dari rupa’ sahaja. DAP begitu ‘smart’ sekali dalam pendekatannya kepada kuasa kali ini. DAP memahami perasaan orang Melayu dengan baik. Parti itu memahami orang Melayu mempunyai sentimen yang tinggi dari semangat perkauman seperti orang Cina juga.

Itu sebab orang Melayu apabila di tunjukkan perhatian yang lebih sedikit oleh DAP mereka yang muda-muda terus sahaja memberikan sokongan yang besar kepada DAP terutamanya di P Pinang dan Selangor serta di Johor. Dalam penjelajahan saya keseluruh negara sebelum pilihanraya kerana undangan berceramah, isu keprihatinan kerajaan P Pinang diberikan penekanan besar. Peruntukan berlipat kali ganda kepada Majlis Agama Islam negeri itu menjadi isu yang sangat laku bagi orang Melayu.

Read more at: http://aspanaliasnet.blogspot.com.au/2013/06/isu-perkauman-belum-ada-pihak-yang.html 



Comments
Loading...