Melayu mungkin cari ‘jaguh’ baru jika Umno tidak bersihkan parti, kata Dr M
Ida Lim, TMI
Umno menang Pilihan Raya 2013 kerana merupakan satu-satunya parti Melayu tetapi rakyat mungkin akan mencari “jaguh” baru untuk mempertahankan, kaum, agama dan negara jika pemimpin parti berterusan dalam menjaga kepentingan mereka sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran hari ini.
Dalam tulisan diblog bertajuk, “Umno dahulu dan sekarang”, bekas presiden Umno itu mengatakan kemenangan tipis gabungan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak boleh dikreditkan kepada peningkatan sokongan orang Melayu tetapi kerana orang Melayu takut kehilangan hak dan kedudukan istimewa mereka jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa persekutuan dengan rakan kongsi parti majoriti Cina, DAP.
“Seburuk-buruknya Umno, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong Umno.
“Namun demikian dalam PRU14 Umno tidak boleh harap keadaan ini berterusan. Jika Umno tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain,” tulis Dr Mahathir di www.chedet.cc.
Dr Mahathir yang berumur 87 tahun itu dilihat masih berpengaruh dalam parti tulang belakang BN, memberi amaran kepada pimpinan, Umno ditubuhkan pada 1946 dengan asas untuk mempertahankan kaum Melayu, Islam sebagai agama dan negara dari penjajahan asing.
Ini adalah sebab-sebab utama menyebabkan orang-orang Melayu dari negeri-negeri berasingan dan Raja-Raja yang berbeza berjuang bersama-sama, katanya dan menggesa mereka untuk kembali ke asas Umno.
Beliau mengatakan pemimpin-pemimpin Umno dahulu telah berjuang dengan rakyat menjadi keutamaan dan bukan kepentingan diri sendiri menyebabkan mereka dihormati oleh orang-orang Melayu, ramai yang menyertai parti dan memainkan peranan aktif tidak kira tahap pendidikan dan taraf sosial.
Tetapi, Dr Mahathir berkata, parti itu sekarang adalah berbeza dan ramai orang Melayu telah “meluat dengan Umno” yang telah menunjukkan dirinya hanya berminat untuk jawatan berpangkat tinggi dan memperkayakan poket mereka sendiri, dan sebab itu parti ditolak kerana tidak ada lagi wakil kepada mereka.
Beliau juga menuduh pemimpin-pemimpin Umno di peringkat cawangan menyekat kemasukan orang Melayu lebih berbakat daripada mereka ke dalam parti itu kerana takut kedudukan mereka akan diambil, menyebabkan kumpulan pemimpin-pemimpin yang berkelayakan semakin mengecil di peringkat parti, serta dalam pemilihan calon-calon pilihan raya.
Langkah itu, katanya, akhirnya akan membawa kepada kepimpinan lemah dalam kerajaan.