New voter who voted twice on 5th May 2013 to prove a point


http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/947059_526551027391711_704901112_n.jpg 

BUKTI KUKUH PENIPUAN SPR! bacalah, laporan POLIS pun sudah di buat, seorang ANAK MUDA mengundi 2 kali dalam 1 masa di kuantan, oleh kerana beliau tidak mahu bersetongkol dengan kerajaan 46% BN, maka ini jawapan beliau.. SPR telus ke? 

Malaysia Flip Flop


“Saya Mohd Fadhli bin Khaharruddin, membuat laporan mengenai daftar undi yang membolehkan saya mengundi sebanyak 2 kali di pusat mengundi SK Sungai Isap, Saluran 4. Saya mendaftar undi pertama saya pada pukul 10.30 pagi dan undi kedua pada pukul 1.15 petang. Sewaktu undi ke-2 saya tidak membuang undi tetapi berhasrat menyimpan kertas undi dan no saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kredibiliti SPR yang lemah, seperti dakwat yang tidak kekal dan kebolehan mendaftar 2 kali, tetapi tidak dibenarkan oleh KTM pusat saluran 4. Repot ini dibuat untuk mengelak daripada didakwa mempermainkan sistem pilihanraya. Sekian.”

Draf diatas sudah cukup ringkas menceritakan apa yang berlaku. Disini saya ingin menjelaskan secara teliti untuk menempis tohmahan buah mulut khabar angin liar.

Selesai mengundi buat kali pertama, saya pulang ke rumah dengan niat untuk makan tengahari, saya basuh tangan menggunakan sabun mandi(jenama tidak pasti) dan saya dapati dakwat kekal luntur dijari telunjuk tangan kiri kesannya berpindah ke tangan kanan dalam keadaan comot. Saya cuba menggunakan peluntur (Depex) yang terdapat didalam tandas untuk hilangkan saki baki comot pada kedua-dua belah tangan. Terbukti, jari kiri saya bersih tanpa ada kesan dakwat kekal.

Saya mencari penyelesaian di internet dan media sosial menjumpai banyak lagi kes sama berlaku di serata Malaysia. Hal ini membawa kemusykilan kerana isu dakwat ini telah dibincang sejak 2008 hingga 2013 dan badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) secara jelas mendakwa dakwat kekal dapat bertahan 5- 7 hari walaupun dibasuh menggunakan medium berbeza.

Saya mengambil keputusan tanpa apa-apa perancangan untuk cuba mengundi buat kali ke-2 pada pukul 1.15 petang. Barisan daftar undi tidak seramai seperti pagi. Saya beratur pada pusat mengundi yang sama, saluran yang sama seperti pada pengundian pertama waktu pagi. Semasa dipanggil untuk daftar undi oleh kerani pengundian,saya ikut prosedur sama; tunjukkan kad pengenalan, jari dicalit dakwat kekal,dan penerimaan kertas undi. Saya berjaya melepasi prosedur yang sama tanpa sebarang masalah! 

Read more at: http://malaysiaflipflop.blogspot.com/2013/05/new-voter-who-voted-twice-on-5th-may.html 



Comments
Loading...