Anwar salah pilih calon


Pasir Salak, Bagan Serai, Setiawangsa, Tanjong Malim dan Hulu Selangor dianggap sebagai kerusi-kerusi potensi untuk di menang tetapi kalah kerana faktor calon

B Nantha Kumar, FMT

Sekumpulan anggota PKR mendakwa ketidakcekapaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih calon yang ‘salah’ mengakibatkan PKR tewas empat kerusi parlimen di Perak dan satu di Selangor pada pilihan raya yang ke-13 yang berlangsung Ahad lepas.

Menurut sumber parti, Pasir Salak, Bagan Serai, Setiawangsa, Tanjong Malim di Perak dan Hulu Selangor di Selangor dianggap sebagai kerusi-kerusi potensi untuk di menang tetapi kalah kerana faktor calon.

“Antara kawasan yang kalah teruk dengan majoriti yang besar ialah di parlimen Pasir Salak. Calon ‘kesayangan’ Anwar iaitu Mustaffa Kamil Ayub kalah dengan majoriti 7,386 lebih teruk berbanding 2008,” katanya sumber tersebut yang enggan mendedah identitinya.

“Kekalahan di Pasir Salak, seharusnya menjadi pembuka mata kepada pimpinan PKR pusat agar memilih calon ‘yang turun padang buat kerja’ dan bukannya calon yang hanya sekadar rapat dan ‘berlegar’ di sekeliling Anwar dan Wan Azizah, presiden parti semata-mata,” tambahnya.

Di Pasir Salak sepatutnya parti peka penolakan pimpinan akar umbi terhadap Mustaffa apabila Setiausaha cabang merangkap pengarah Jentera Pilihanraya PKR cabang Pasir Salak, Taufik Hasan dan beratus-ratus ahli PKR Pasir Salak keluar parti sebaik sahaja Anwar mengumumkan Mustafa sebagai calon dalam satu program ceramah kira-kira sebulan sebelum tarikh pembubaran parlimen.

Ramai mempertikaikan kredibiti Mustaffa apabila rekod menunjukkan beliau adalah calon ‘tak boleh menang’…tewas  setiap kali bertanding PRU sejak 1999 (parlimen Kuala Kangsar), 2004 (parlimen Lumut) 2008 (tewas di parlimen  Pasir Salak dan  dun Sungai Manik) dan sekarang PRU 2013 tewas lagi dengan majoriti yang begitu besar (7,386) juga sekali lagi di parlimen Pasir Salak).

‘Tewas majoriti besar’

“Tiada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat peringkat pusat yang tewas dengan majoriti sebegitu besar.”

“Mustaffa juga dilihat sebagai pemimpin ‘nomad’ (sering berpindah randah dari satu parlimen ke satu parlimen lain)…tidak kekal bekerja di sesuatu kawasan piliharaya tetapi akan hanya muncul di kawasan beberapa hari sebelum penamaan calon juga atas ‘belas ehsan Anwar atau Wan Azizah.”

“Anwar juga silap dalam meletakkan seorang lagi ‘kroni’ bertanding dan tewas  di parlimen Hulu Selangor,” katanya.

Khalid Jaafar seorang bekas penulis ucapan Anwar tidak popular di kalangan  jawatankuasa PKR Hulu Selangor. Lantaran itu dua pemimpin setempat telah bertanding atas tiket bebas di Hulu Selangor bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan parti meletakan Khalid sebagai calon.

Khalid yang tewas bertanding di Bukit Katil pada 2008, kali ini kalah dengan majoriti yang agak besar berbanding 2008.
Meletakkan Dr. Muhd Nor Manuty juga seorang yang rapat dengan Anwar sejak zaman Abim lagi di parlimen Bagan Serai, Perak juga mendapat bantahan hebat dari pemimpin akar umbi setempat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...