Ramai `heavyweight’ PAS kecundang


Mohamad Sabu, Haron Din dan Husam Musa antara yang kalah selain kehilangan beberapa kerusi parlimen yang dimenangi pada tahun 2008.

Muda Mohd Noor, FMT

Beberapa tokoh besar PAS kalah dalam pilihan raya umum ke 13 ini, antaranya termasuk Timbalan Presiden, Mohamad Sabu di kerusi parlimen Pendang.

Timbalan Muryidul Am PAS, Datuk Harun Din kalah di kerusi parlimen Arau.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula tewas di Putrajaya, manakala Salahuddin Ayub kecundang di Pulai.

Dr Dzulkefly Ahmad gagal mempertahankan kerusi Kuala Selangor yang dimenangi pada 2008.

PAS juga kalah di Baling,  Kubang Pasu, Jerai, Jerlun, Padang Terap dan Sik.

Parti itu juga kehilangan negeri Kedah yang dimenangi pada tahun 2008 kepada Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang di Marang; Datuk Nik Aziz Nik Mat (DUN Chempaka) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) serta Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berjaya mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam selepas mengalahkan Datuk Zukifli Noordin dari Barisan Nasional.

Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar menang di Pokok Sena dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Sungai Tiang.

Rampas 3 kerusi

PAS juga merampas dua kerusi parlimen – Dungun dan Kuala Nerus- kedua-duanya di Terengganu dan Temerloh di Pahang melalui Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda Pusat.

PAS kehilangankerusi parlimen Titiwangsa, Kuala Selangor, Pendang, Baling, Sik, Padang Terap dan Jerai.

Senarai calon parlimen PAS yang menang pada pilihan raya umum ke 13.

1) Shah Alam – Datuk Khalid Samad
2) Pokok Sena – Datuk Mahfuz Omar
3) Kota Raja   – Dr Mariah Muda
4) Tumpat – Datuk Kamaruddin Jaafar
5) Kubang Kerian  – Ahmad Baihaqi Atiqullah
6) Pengkalan Chepa – Izani Hussein
7) Marang – Datuk Seri Abdul Hadi Awang
8) Kuala Terengganu – Datuk Raja Kamarul Baharin
9) Dungun  – Wan Hassan Wan Ramli
10) Kuala Nerus – Mohd Khairuddin Aman Razali
11) Pasir Puteh – Nik Mazian Nik Mohamed
12)Pasir Mas – Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
13) Parit Buntar – Dr Mujahid Yusof Rawa
14) Bukit Gantang – Idris Ahmad
15) Hulu Langat – Dr Rosli Che Mat
16) Temerloh – Nasrudin Hassan
17) Kuala Krai – Dr Mohd Hatta Ramli
18) Rantau Panjang – Siti Zailah Mohd Yusoff
19) Kota Bharu – Datuk Takiyuddin Hassan
20) Sepang – Hanipa Maidin
21) Sungai Besar – Mohd Salleh Husin
22) Bachok – Ahmad Marzuki Shaari

 



Comments
Loading...