Wira Perkasa bidas pemimpin Gerakan
Kenyataan Baljit Singh boleh diklasifikasikan sebagai isu sensitif dalam ambang pilihan raya.
Muda Mohd Noor, FMT
Wira Perkasa membidas kenyataan ahli politik Gerakan Baljit Singh yang melabelkan Perkasa sebagai rasis terbesar Melayu dan rasis dan dibenci oleh bangsa bangsa lain.
Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris berkata, sayap Perkasa itu merasakan kenyataan tersebut tidak patut keluar daripada seorang ahli politik yang bijak kerana boleh diklasifikasikan sebagai isu sensitif dalam ambang pilihan raya.
Wira Perkasa membantah keras kenyataan Baljit dalam isu pembabitan pemimpin BN berdemonstrasi bersama Perkasa dan mahu beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.
Baljit dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin pemimpin BN yang menyertai Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang bersama sama Perkasa di Padang Esplanade pada Ahad lalu sebagai mengiktiraf dan mengakui bahawa Perkasa adalah sebagai kuasa yang disegani dan meminjam kredibiliti pertubuhan tersebut.
Bajlit merupakan ketua biro undang-undang hak asasi manusia Gerakan Pulau Pinang.
Irwan Fahmi berkata, sepatutnya Gerakan perlu memainkan peranan sebagai ‘pembangkang’ yang aktif di Pulau Pinang kerana kekuatan awal parti tersebut bermula di negeri itu.
`Gerakan mudah patah semangat’
“Bukan membangkitkan isu isu yang tidak releven dan menjadi hero keadaan. Sikap yang ditunjukkan oleh Parti Gerakan yang dilihat mudah patah semangat, terlalu selesa dan menerima apa sahaja tanpa ada usaha yang lebih dan bersunguh sunguh.
” Adalah terlalu sukar untuk BN menawan kembali Pulau Pinang,” kata pemimpin muda Perkasa itu dalam kenyataan media hari ini.
“Di sini kami ingin menegaskan bahawa beliau dan Parti Gerakan perlu berusaha dan bekerja lebih berkerja keras membantu jentera BN dalam usaha menawan semula Pulau Pinang.