Anwar nafi PAS halang Pakatan umum calon PM


Menurut Ketua Umum PKR itu, isu itu tidak dibangkitkan dalam konvensyen Pakatan Rakyat hari ini. 

Fazy Sahir, FMT

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa PAS menghalang sebarang pengumuman mengenai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat pada konvensyen hari ini.

Anwar berkata, isu mengenai calon Perdana Menteri itu tidak dibangkitkan dalam konvensyen dan dakwaan itu hanya khabar angin.

“Konvensyen ini hanya untuk manifesto. Kita (Pakatan) tiada masalah dan ia hanya khabar angin (isu calon PM),” katanya kepada pemberita setelah selesai memberi ucaptamanya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula berkata perbincangan mengenai calon Perdana Menteri ini akan terus dibincangkan sehingga PRU.

Ketika diasak pertanyaan jika PAS kekal untuk menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon PM, Mat Sabu seakan mengelak.

Beliau sebaliknya berseloroh jika dirinya turut menjadi calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

“Kita tidak bincang siapa yang nak diumumkan sebagai calon PM. Bagi saya siapa sahaja dapat sokongan umum boleh jadi PM termasuk saya.

“Kenapa tidak tanya jika saya berminat jadi PM. Saya berminat, cuma nak jadi Agong tidak boleh.

“Perbincangan dari semasa ke semasa akan dibuat sehingga pilihan raya dan ia tidak jadi perkara utama tapi yang penting kita ambil alih Putrajaya,” katanya.

PAS calon Hadi

Isu siapa calon Perdana Menteri Pakatan bermula apabila ahli PAS ketika muktamar lalu yang mencadangkan Abdul Hadi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...