‘Anwar, rakyat Sabah tidak menyokong kamu’


Timbalan Ketua Umno Semporna, Datuk Nasir Sakaran berkata, majoriti rakyat Sabah menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muda Mohd. Noor, FMT

Seorang  pemimpin BN Sabah mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat supaya menjauhkan dari negeri itu kerana rakyat negeri di bawah bayu menolak mereka.

Timbalan Ketua Umno Semporna, Datuk Nasir Sakaran berkata, maJoriti rakyat Sabah menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, tindakan lompat parti Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing tidak memberi sebarang kesan kepada BN.

“Mereka berdua sudah biasa lompat parti jadi rakyat Sabah kini sedang menilai.

“Rakyat tertanya-tanya adakah pemimpin seperti yang mereka mahu,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan politik terbaru di negeri itu.

Sabah kini menjadi simpanan tetap BN sejak Umno melebarkan sayap di negeri itu pada tahun 2004.

Anwar dan pemimpin pembangkang lain berulang kali mengatakan penguasaan BN akan berakhir dalam PRU ke 13.

Nasir berkata, usaha pihak tertentu menghidupkan semula bagi merancakkan lagi politik Sabah menjelang pilihan raya umum tidak akan berjaya.

‘Ungkit kisah lama’

Nasir berkata, sebahagian besar pemimpin dan ahli Usno telah menyertai  Umno.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...