Menetapkan Gaji Minimum Adalah Idea Yang Buruk Bagi Rakyat
Peningkatan ini akan mengakibatkan saya untuk menaikkan gaji bagi kesemua pekerja saya. Tidak mungkin pekerja yang sudah 5 tahun bekerja dengan saya akan bersetuju dengan gaji pekerja yang baru masuk kerja bulan lepas.
Shahabudeen Jalil
Ahli politik adalah individu-individu yang mereka sangka mereka mengenali masyarakat dan tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk mereka. Selain itu, mereka juga sangat pakar dan mahir dalam ilmu untuk memperdaya rakyat dalam menerima sesuatu perkara yang mereka mahukan ke atas rakyat.
Dari situ berlumba-lumbalah ahli politik dari kerajaan dan pembangkang untuk memperkenalkan gaji minimum pekerja. Kemahuan golongan persatuan pekerja ini tidak dilayan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir kerana beliau mungkin tahu baik buruk polisi ini.
Atas desakan yang kuat, kerajaan Perdana Menteri sekarang terpaksa akur dan menetapkan gaji minimum ini kepada pekerja.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan kenapa penetapan ini adalah satu idea yang nampak berniat baik tetapi sebenarnya sesuatu yang buruk bagi masyarakat miskin dan orang berniaga.
1. Tidak Adil Bagi Semua
Jika benar kerajaan dapat meningkatkan pendapatan golongan miskin dengan menetapkan gaji minimum, kenapa kerajaan tidak hanya menetapkan gaji minimum ini kepada RM 5000 sahaja. Dengan mudah semua buruh akan mendapat gaji tinggi dan semua orang pun akan gembira.
Bagaimana gaji meningkat ? Gaji meningkat apabila produktiviti per kapita setiap rakyat di sesebuah negara itu meningkat. Apabila produktiviti meningkat, pendapatan meningkat, perniagaan berkembang dan seterusnya gaji pekerja akan meningkat dan ini meningkatkan taraf hidup rakyat secara keseluruhan.
2. Memusnahkan Perniagaan Kecil
Jika buah epal dijual dengan harga RM 1.00 meningkat kepada RM 2.00. Secara logik mudah, orang akan kurang membeli buah epal. Ini juga yang akan terjadi kepada pasaran buruh di sesebuah negara apabila kerajaan menetapkan gaji minimum.
Jika saya mempunyai 10 orang pekerja. Penetapan gaji minimum mungkin hanya mempunya kesan kepada 2 orang daripada pekerja saya. Tetapi peningkatan ini akan mengakibatkan saya untuk menaikkan gaji bagi kesemua pekerja saya. Tidak mungkin pekerja yang sudah 5 tahun bekerja dengan saya akan bersetuju dengan gaji pekerja yang baru masuk kerja bulan lepas.
Itu yang pertama, yang keduanya saya sebagai pemilik perniagaan akan memilih untuk mengurangkan penggunaan pekerja sebagai langkah untuk berjimat supaya saya tidak rugi dalam perniagaan yang saya sedang ceburi.
3. Peningkatan Jenayah dan Meningkatkan Pengangguran
Apabila peniaga mengurangkan bilangan pekerja kerana tidak mampu membayar gaji minimum. Golongan buruh bawahan ini tidak akan mendapat sebarang kerja dan ini akan meningkatkan pengangguran dikalangan masyarakat.
Seperti yang anda sudah ketahui, peningkatan pengangguran akan menyebabkan kadar jenayah juga meningkat.
4. Beban yang terpaksa ditanggung oleh semua
Penetapan gaji minimum akan menyebabkan peningkatan harga barang. Manakan tidak, kos pembuatan sesebuah barangan itu telah meningkat jadi sudah tentu kos ini akan digilirkan kepada pelanggan yang akan membeli sesebuah produk.
Dengan itu akan berlaku peningkatan harga barang serta peningkatan kadar inflasi. Ini akan menyebabkan semua orang terutamanya pengguna terpaksa menanggung kerugian
Dalam pasaran bebas, harga barangan dan gaji pekerja tidak seharusnya ditetapkan oleh sesiapa samada ahli politik atau kerajaan. Ianya seharusnya dibiarkan terapung dan bebas.
Pernah dalam satu pertikaian pada zaman Rasulullah, baginda dipanggil untuk menetapkan harga roti di pasar. Baginda bersabda
“Aku tidak mahu darah mereka ini di tangan aku di akhirat nanti”
(“An Islamic economic system largely supports a market mechanism for coordination
of economic activity. This is based on a hadith reported by Ibn Majah and Tirmidhi
on bread prices in Medina where the Prophet refused to intervene to set prices (of
wheat) saying, “I don‟t want to have the blood of these men on my hands in the
hereafter” because there was a shortage due to natural causes (drought).”)
Read more at: http://www.shahabudeenjalil.com/2012/08/menetapkan-gaji-minimum-adalah-idea-yang-buruk-bagi-rakyat/