Pembaca berita tertekan dikaitkan dengan Rosmah


Sepanjang karier saya sebagai pembaca berita saya memang tak pernah dapat jumpa pun dengan Rosmah, kata Farid Ismeth Emir.

Jamilah Kamarudin, FMT

Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Farid Ismeth Emir menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, dirinya tidak pernah mengenali mahupun bercakap dengan Rosmah secara peribadi sehingga naik muak dengan dakwaan tersebut walaupun beberapa kali cuba menafikannya.

“Sepanjang karier saya sebagai pembaca berita saya memang tak pernah dapat jumpa pun dengan Rosmah,” katanya semasa ditemubual pengacara RTM Zamzarina Zambri.

Temubual kira-kira 7 minit itu dirakamkan Zamzarina dan dimuat naik ke dalam blog peribadinya http://zamzarinazambri.blogspot.com.

Farid berkata dirinya bingung dan tertekan dengan dakwaan tersebut yang didengarinya sejak 11 tahun lalu.

“Saya tertekan sebenarnya dengan keadaan ini tapi saya diam, saya simpan…nak ke mana-mana pun mereka akan berbisik “haa itu Rosmah punya”..persoalannya kenapa tak datang berdepan dan tanya…kenapa seronok sebarkan? Anda kena ada fakta sebelum nak tuduh orang lain,” katanya.

Takut keluar rumah

Beliau berkata perkara ini berlarutan sehingga kadangkala dirinya takut keluar rumah dan berdepan dengan kata-kata masyarakat sekeliling.

“Bila pergi kenduri kahwin saya akan nampak mereka mula berbisik…saya tahu apa yang mereka katakan.. saya tahu daripada pandangan dan renungan mata yang sangat sinis …tapi sebenarnya hamba Allah ni tiada dosa apa pun,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...