WWW1 Sultan Johor, WWW15 Liow Tiong Lai.. PKR1 siapa pula nak cuba?
Anak Sungai Derhaka
No. pendaftaran WWW 1 telah mencetuskan kontroversi dengan harganya yang mencatat sejarah iaitu RM520,000 selain itu ianya juga telah menyaksikan Bekas MB Perak, DS Nizar turut disiasat oleh pihak Polis berikutan kenyataan dilaman twitter beliau.
Bagaimanapun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh pihak Polis terhadap Akhbar Kosmo yang mempersendakan isu ini dengan menterjemahkannya sebagai karikatur dalam akhbar mereka. sila lihat di ( SINI )
Mungkin juga pihak Polis hanya memantau atau membaca twitter tidak surat khabar, oleh itu mereka tidak sedar akan keujudan karikatur yang mempersendakan isu ini..
No. pendaftaran tersebut telah dimiliki oleh Sultan Johor setelah Baginda membidanya pada harga RM520,000 mengalahkan 9,998 pebida lain yang turut membida nombor tersebut.
Dengan harga RM520,000 ianya telah tercatat sebagai No. pendaftaran kenderaan paling mahal dalam sejarah Malaysia mengalahkan No. pendaftaran kenderaan MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,000 dua tahun yang lalu.
Teka teki tentang kereta yang mana satukah akan dipakaikan dengan pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor terjawab, bilamana tersebar gambar sebuah Satria Neo dengan no. pendaftaran WWW 1 dengan baginda Sultan berdiri di sampingnya.
Selang beberapa hari No. pendaftaran kenderaan WWW 1 kecoh dialam maya ini, muncul pula WWW 15 menjadi kontroversi.
WWW 15 telah dimiliki oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan bidaan setinggi RM24,200.
Liow Tiong Lai mempertahankan tindakannya membida WWW 15 dengan harga RM24,200 kerana menurutnya ianya untuk kereta rasmi Kerajaan lagipun menurutnya lagi seorang Menteri layak untuk mendapatkannya.
Bagaimanapun, pembohongan Liow Tiong Lai itu terserlah apabila Sin Chew Daily memetik seorang pegawai sebagai berkata, tiada peruntukan untuk menteri membida nombor pendaftaran untuk kereta baru.
Lebih menarik lagi Menteri Kesihatan itu juga telah mengatakan beliau tidak tahu siapa yang membayar RM24,200 untuk WWW 15 itu.
Sidang media yang menyaksikan Menteri Kesihatan itu gelabah menjawab soalan dari wartawan sila baca di ( SINI )
Liow Tiong Lai diselamatkan oleh pihak JPJ bilamana secara rasmi pihak JPJ mengeluarkan kenyataan bahawa nombor plat WWW 15 akan diberikan kepadanya secara percuma.
Tindakan pihak JPJ menyelamatkan Liow Tiong Lai menimbulkan lebih banyak persoalan tentang tadbir urus kerajaan BN, terutamanya mengenai kuasa budi bicara luas menteri (discretionary powers) dan sistem amalan tender terbuka.
Selain itu untuk membuat tawaran di bawah kategori sebagai seorang individu, pemohon perlu mengisi borang JPJ MV10, dimana pemohon mesti melampirkan salinan kad pengenalan beliau dan secara peribadi menandatangani dokumen itu.
Di samping itu, pemohon mestilah membayar sebuah draf bank yang bernilai setengah harga sebutan. Proses tawaran terdapat beberapa langkah dan melibatkan aktiviti perbankan dan oleh itu hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan penuh dan penyertaan aktif pemohon.
Rahim Thamby Chik juga dikatakan telah membida salah satu dari no. pendaftaran WWW ini dengan harga belasan ribu Ringgit.
Itu kisah tentang no. plet kenderaan WWW yang dibida oleh beberapa pemimpin dari UMNO/BN yang sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit hanya kerana mahu mendapatkan no. plet kenderaan yang diidamkan mereka.
Bidaan bagi nombor kenderaan ‘PKR’ telah bermula 21 Mei dan berakhir pada 4 June. Keputusannya akan kita ketahui pada 21 Jun ini..
Hujung Mei lalu dengan memetik laporan dari Oriental Daily, The Star melaporkan beberapa orang pemimpin dari PKR dikatakan berminat untuk membida nombor plet kenderaan ‘PKR’.
Kata Pembantu Khas DS Anwar Ibrahim, Zainol Abidin ketuanya bukanlah seorang yang suka menunjuk-nunjuk dan beliau tidak diarahkan untuk membida sebarang nombor.
Lagipun menurut Zainol lagi beliau tidak mendengar sebarang berita mengatakan bahawa Anwar Akan membeli sebarang kereta baru jadi untuk apa dibida sebarang nombor.
Oleh kerana JPJ akan menjadi lebih telus dalam bidaan yang melibatkan plet kenderaan ‘PKR’ yang khabarnya majoriti yang membida adalah ahli-ahli PKR bukan saja dari Pulau Pinang tetapi dari seluruh Malaysia kita pasti akan melihat siapa pemimpin dalam PKR yang perangainya sama dengan pemimpin-pemimpin dari UMNO/BN.
Pemimpin yang sanggup menghabiskan puluhan ribu Ringgit hanya untuk mendapatkan no. plet kenderaan yang diidamkan mereka.
Jika Liow Tiong Lai diselamatkan oleh JPJ.. pemimpin-pemimpin PKR jangan harap anda akan diselamatkan juga oleh JPJ.. mungkin SPRM akan menyelamatkan anda.