Himpunan Hijau ke Putrajaya… Wah, lebih 100,000 hadir!
Inilah keadaan di Stadium Alor Setar semalam.
Aspan Alias
Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar malam tadi adalah perhimpunan raksaksa dan yang hampir sebesar perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April yang lalu. Himpunan Hijau itu telah menunjukkan kepada rakyat seluruh negara yang kedatangan lebih dari seratus ribu pengunjung perhimpunan itu membayangkan manifestasi keseluruhan rakyat benar-benar serius untuk ke Putrajaya selepas PRU yang akan datang ini.
Sebaliknya ratusan ribu yang datang ke Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar malam tadi tidak perlu membawa artis korea dan Jepun dengan pakaian-pakaian seksi dan mengiorkan tetapi perhimpunan itu hanya di datangi oleh Uztaz Azhar Idrus sahaja. Uztaz Azhar Idrus tidak datang dari Korea atau pun Jepun dan tidak pula berpakaian seksi atau pandai menari dan berjoget. Uztaz Azhar Idrus hanya datang dari Terengganu sahaja.