DPPIM Beri Suaka Kepada Penjenaya India?
(Sabahkini)
Saudara pengarang,
BAHAWASANYA saya, Butitit Poimposik (nama samaran) ingin melaporkan kepada Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Dalam Negeri, Jabatan Penguatkuasa dan rakyat Sabah agar memantau dan menyiasat kegiatan subversif iaitu pemberian hak kerakyatan kepada samseng dan pendatang asing dari India yang telah lama menjadi warganegara Malaysia melalui jalan songsang.
Nama individu tersebut adalah Mohd Ansar bin Maidin. Saya mengutarakan perkara ini adalah sebagai susulan daripada laporan yang dikemukakan oleh Chung Jun Li di Sabahkini.net baru-baru ini bertajuk ‘Skandal IC Projek Terbaru Di Sabah?‘
Sebagai warganegara saya berasa hairan kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan drastik untuk menyiasat orang India Muslim di Sabah ini yang memiliki kad pengenalan serta mempunyai hak untuk mengundi dan mendapat taraf bumiputra? Adakah ini yang diinginkan oleh kerajaan BN?
Mohd Ansar Bin Maidin mendapatkan kad pengenalannya menggunakan kad pengenalan orang mati. Ansar pada mulanya bekerja di Arab Saudi sebagai pengawal keselamatan di rumah majikannya iaitu Basir. Dia dipecat kerana menggangu isteri majikannya dan kembali ke India.
Selepas itu Ansar datang ke Sabah menggunakan kapal layar Vahuci dari pelabuhan Chennai, India ke Pulau Pinang dan ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur beliau menaiki kapal terbang ke Sabah dengan menggunakan pasport bernombor V149849 (ada dalam simpanan Jabatan Imigresen) dengan nama sebenarnya iaitu Mohamed Ziavuden.
Di Sabah, beliau bekerja di Beaufort sebagai tukang membuat roti canai di Kedai Kopi Al-Madina dan selama di sana, beliau bergaul dengan orang kampung. Beliau tinggal bersama orang tempatan yang bernama Hj Maidin dan ketika itu anak lelaki Hj Maidin meninggal dunia.
Peluang inilah yang digunakan sebaiknya oleh Ansar untuk mengurus kad pengenalannya. Beliau menawarkan RM 2,000 kepada Hj Maidin untuk membeli kad pengenalan dan surat beranak arwah anak lelaki Hj Maidin dan beliau mula mengurus kad pengenalannya di JPN Beaufort dan berjaya mendapat Mykad bernombor 620617-12-5063.
Setelah berjaya mendapat kad pengenalan untuk dirinya beliau mula menguruskan kad pengenalan untuk semua pendatang India di Sabah. Di samping itu juga untuk mengabui kegiatan yang menguntungkan ini, beliau berkongsi dengan orang tempatan untuk menjalankan perniagaan iaitu Restoran dan Kedai Makan di daerah Papar pada tahun 1990.
Setelah mendapat untung yang lumayan dari perkongsian ini, Ansar mula menyeleweng terhadap rakan kongsinya dan menjalankan perniagaan tersebut sendiri dan seterusnya mengembangkan empayar perniagaannya ke Kota Kinabalu dengan memiliki empat restoran iaitu:
1. Restoran Fishead Curry House di Kolombong.
2. Restoran Fishead Curry House di Api-Api, Block 5, Kota Kinabalu.
3. Restoran Mime Curry House di Menggatal.
4. Restoran Aslinah Curry House di Inanam.
Beliau sangat berjaya dalam perniagaan dengan menggunakan hasil wang mengurus kad pengenalan ini sehingga sekarang. Kini beliau meluaskan kegiatannya dengan menjadi rangkaian sindiket baru untuk pengeluaran resit JPN yang palsu bagi memudahkan perjalanan kepada pendatang-pendatang asing termasuk pendatang asing Filipina dan Indonesia yang menjadi ‘connection, partner’ dan pekerja mereka untuk melakukan aktiviti perniagaan yang lain iaitu akitiviti haram.
Sindiket ini turut dianggotai oleh rakan-rakanya seperti Anifah Bin Kassim, Said Bin Meran dan Kassim Bin Kamal.
Mohd Ansar turut melakukan perniagaan haram seperti penyeludupan syabu dan beliau adalah seorang samseng yang kaki minum dan kaki perempuan sehingga pernah mempunyai kes polis kerana memukul orang; serta menggangu isteri orang dan sehingga sekarang kes beliau boleh dirujuk di Balai Polis Penampang.
Saya juga mempunyai bukti gambarnya melakukan zina dengan wanita-wanita ini serta senarai dokumen pengenalan yang diuruskannya. Beliau juga pernah ditahan di Kuala Lumpur suatu masa dulu kerana melakukan aktiviti wang palsu yang diperbuat daripada ‘tangghasi’ dari India.
Beliau juga adalah pengamal ilmu hitam dan memelihara toyol dan perkara ini jelas kelihatan jika anda pergi ke setiap restorannya anda lihat pada setiap penjuru atas dan cuba perhatikan kain warna hijau yang digantung. Dalam kain hijau itu ada mengandungi toyol.
Beliau juga turut menikmati hak bumiputra seperti orang tempatan dengan mendapatkan rumah murah di kampung Limau-limauan, Papar; rumah murah di kampung Kalansanan, inanam untuk isteri pertamanya; rumah murah di Kg Delima Tanah Bumiputera Jalan Sulaman dan dihuni oleh pendatang asing yang dipeliharanya dan mereka inilah yang menggunakan resit JPN palsu.
Akhir kata, senario ini sangat menyedihkan kerana selama ini orang seperti Mohd Ansar ini dibiarkan begitu saja oleh pihak berkuasa terutama memegang jawatan penting dalam Dewan Perindustrian dan Perniagaan India Muslim Sabah (DPPIM) dan menjadi orang kanan Datuk Baisulkhan Salman Faris.
Patutlah isu RCI sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan kerana sudah pasti mereka ini akan mendaftar sebagai pengundi kepada kerajaan pada pilihan raya nanti. Buat masa ini saya sedang mengumpulkan bukti semua senarai nama yang telah, sedang dan akan diuruskan oleh beliau untuk mendapatkan kad pengenalan dan resit JPN palsu.
Yang Benar,
BUTITIT POIMPOSIK