Poster rasis sudah mula dinaikan. Itu petanda BN sudah kehabisan modal


ASPAN ALIAS

Saya telah pergi ke TTDI hari ini untuik bertemu bebarapa orang rakan yang ingin berjumpa saya sambil minum pagi. Saya diberitahu oleh rakan-rakan saya yang sudah banyak poster-poster yang di tampal di merata-rata tempat tentang Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu. Poster itu berbunyi ‘Lim Guan Eng anti Melayu’. Sebagai seorang yang sentiasa berada bersama rakyat marhean di bawah ini saya dapat merasakan dengan jelas yang DAP sedang mendapat penerimaan dari kaum Melayu yang sudah terbuka minda dan tidak lagi terkonkong dengan momokan jahat setengah pihak terhadap parti itu.

Ini juga dapat dirasakan oleh UMNO dan sekutunya. Maka tidak terkejut jika mereka melakukan tindakan desperado ini kerana ini sahajalah jalan yang tinggal untuk menggagalkan usaha DAP untuik membuktikan yang parti itu benar-benar sebauah parti multi-racil yang sedang mendapat sambutan dari semua kaum termasuk dari kaum Melayu yang sudah tidak terkongkong dengan momokan gila parti-parti dalam BN khususnya UMNO.

Untuk memahami tujuan poster ini dinaikan tidak memerlukan seorang yang bijak pandai untuk mentelaahnya. Seseorang yang terbuka sedikit mindanya dan sudah bercampur gaul dengan mereka yang berpolitik secara jujur akan cepat tahu matlamat pihak yang menaikan poster-poster ini. Matlamatnya ialah untuk berusaha dengan cara kotor untuk parti ini mendapat sokongan dari semua kaum khususnya orang Melayu.

Kerja menakut-nakutkan Melayu ini memang cara UMNO untuk menjauhkan Melayu dari mendekati DAP. Puluhan tahun orang Melayu ditakutkan dengan isu 13 Mei untuk menjauhkan orang Melayu dari DAP. Tetapi isu itu sudah tidak dipakai lagi kerana rakyat tahu kaum Cina lah kaum yang takut dengan pergaduhan di antara kaum kerana mereka mahukan keamanan dan hidup berniaga di dalam negara yang tidak berpecah belah.

Rakyat pun tahu yang kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng telah menunjukan sikap mengambil tahu hal untuk semua kaum di negeri tadbiran beliau. Orang Melayu sekarang sudah sedar yang Guan Eng tidak boleh di nafikan ketelusannya dalam mentadbir negeri Pulau Pinang. Lim Guan Eng yang dituduh anti Melayu dan Islam oleh penyokong UMNO dan BN telah memperuntukan wang sebanayk RM64 juta untuk mentadbir urus hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang. Semasa BN memerintah Pulau Pinang, peruntukan untuik hal ehwal Islam hanyalah sebanyak RM12 juta sahaja.

Walaupun negeri Pulau Pinang hanya sebuah negeri yang kecil dan jumlah orang Islamnya kecil jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, peruntukan sebanyak RM64 juta itu merupakan jumlah yang amat besar. Peruntukan itu termasuklah untuk menyelia elaun guru-guru KAFA, pentadbiran tanah perkuburan serta semua yang berhubung kait dengan agama Islam di negeri itu.

UMNO sedar yang Guan Eng tidak boleh lagi dipersendakan kepimpinannya. Jika benar Guan Eng anti Melayu bagaimanakah 70% dari kontrak yang diberkan oleh kerajaan Pulau Pinang itu diperolehi oleh Bumiputra? Kerajaan pulau Pinang tidak memandang bangsa dan ethnik dalam pembehagian kontrak-kontrak ini sebaliknya pembahagian itu adalah di dasarkan kepada ‘merit’ yang ada kepada kontraktor-kontraktor itu. Dengan keadaan itu maka terbukti kontraktor-kontraktor Melayu mempunyai ‘merit’ yang tinggi yang mereka tidak dapat buktikan semasa pemerintahan Koh Tsu Khoon dahulu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...