Asalkan Bukan Umno – Gerakan Massa Dari Rakyat Untuk Rakyat
Kenyataan Umum
9 Disember lepas satu sejarah telah berlaku di mana satu sidang media serentak di seluruh negara berlaku dengan menyuarakan satu maksud yang sama. Tanpa pimpinan ‘besar’, hanya rakyat biasa dari perbagai latar belakang seperti peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang, aktivis masyarakat dan lain – lain tampil untuk bertemu media di seluruh negara dengan menyatakan iltizam bersama menggerakkan rakyat dengan semangat ‘ABU’ Asalkan Bukan Umno.
ABU bukan organisasi seperti NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU ialah semangat yang mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran betapa Umno (United Malay National Organisation) merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini.
SIDANG MEDIA PELANCARAN KEMPEN “ASALKAN BUKAN UMNO” SERENTAK DI SELURUH NEGARA 9 DISEMBER YANG LALU.
9. Wakil Jingga 13 Penang – Zainulfaqar Yaacob
14. Wakil Unit Ehsan – Zulkarnanin Md Ali (Penyelaras UE Penang)
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Johor)
PRM Johor
PSM Johor
Wakil Keadilan
Mengapa ‘Asalkan Bukan Umno’ ?
JOHOR BAHRU: Seperti yang dirancangkan hari ini, serentak di seluruh negara telah dilancarkan satu gerakan dikenali sebagai Asal Bukan Umno (ABU). Di negeri Johor, sidang media pelancaran ABU ini telah diadakan pada jam 2.30 petang di Kelab Persatuan Wartwan, 11, Jalan Cermat 1, Taman Maju Jaya.
Antara NGO yang hadir petang tadi adalah daripada 7 komrad SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) yang diketuai Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail, SU PRM (Parti Rakyat Malaysia) Johor Mohd Salleh Haji Ahmad, Tim. Peng. PRM Negeri S.K Song dan wakil PKR En Tan. Gerakan Rakyat ‘Asal Bukan Umno (ABU)’ ini ditubuhkan bagi memastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Pada sidang media yang sama, Sdr Ahmad Anwar turut mengecam amalan politik sempit dan samseng oleh Umno apabila mengelurkan satu kenyataan berbaur ugutan akan berlakunya kekacauan di atas program ceramah anjuran PR yang melibatkan Mohamad Sabu di Muar yang dirancang akan berlangsung pada 11 Disember ini seperti yang dikeluarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Sedangkan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, Umno sepatutnya menghormati kebebasan program-program yang dianjurkan oleh parti lain, malah PR Muar telah memohon permit Polis dan mengikut saluran-saluran yang betul untuk anjuran program ini.
Sidang media pelancaran ABU yang sama turut berlangsung di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak kerana aktivis ABU dihalang dari memasuki kedua-dua negeri itu.
Antara yang menyertai ABU ketika ini termasuklah golongan mahasiswa, pekerja, petani, nelayan, pelbagai segmen NGO, parti pembangkang, golongan profesional, karyawan, mat rempit, penganggur dan kumpulan masyarakat yang tertindas di bawah pentadbiran Umno selama ini.
Sidang Media Pelancaran ABU di Melaka
Tempat: Pejabat Parti Keadilan Rakyat, No9A Jalan Asean 1, Taman Asean, Melaka
Masa: 3.30pm
Kehadiran
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Melaka)
NGI
Wakil Peniaga
Wakil Mahasiswa
Mengapa ‘Asalkan Bukan Umno’ ?
Penyelaras SAMM Melaka telah membangkitkan isu pembaziran sebagai satu isu paling terkesan di Melaka. Pembaziran ini berlaku ketika rakyat dipaksa untuk berhemah dalam berbelanja. Pembaziran-pembaziran ini juga menjadi punca ketirisan selain membantu kedudukan indeks rasuah negara mencecah paras terburuk dalam sejarah.
Berikut adalah antara pembaziran jelas yang berlaku di Negeri Melaka;
Fitraco NV memfailkan saman pada Eom dan MST Ad Suria Sdn Bhd (MST Ad Suria) pada 15 September tahun lalu, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa roda berkenaan ke Malaysia pada 2006.
Sebelum itu Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk mengambil alih roda berkenaan setelah sebelum ini ianya beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 1 Januari 2007 hingga 31 Ogos 2008.
b) Pusat Bowling Antarabangsa Melaka (MIBC) yang dirasmikan pada 1Ogos 2009, yang terletak berdeketan MITC, Ayer Keroh yang mempunyai 52 lane telah menelan duit rakyat sebanyak RM15 juta.
g) Dataran Klebang. Segalanya telah musnah samada struktur pantai, ekosistem laut, spesies hidupan laut, tempat tumpuan pelancong menikmati keindahan laut, membunuh para peniaga di pantai Klebang dan hilangnya satu indentiti Melaka iaitu belacan dan cencaluk kerana di sini merupakan tempat yang banyak menghasilkan penangkapan udang geragau yang diperlukan untuk membuat belacan dan cencaluk.
• Projek mencantikkan Sungai Melaka telah makan belanja hamper RM 100 juta dan akan memakan belanja tambahan RM 100 juta lagi. Pihak kerajaan telah berjanji bahawa banjir kilat akan diatasi kerana air pasang tidak akan melimpah keluar dan air Sungai Melaka akan sebersih sehingga boleh cuci mata.
Sidang Media Pelancaran ABU di Negeri Sembilan
Tempat: Jalan Tuanku Antah, Tingkat 1, Restoran Bidara Corner, Seremban
Masa: 3.30pm
Kehadiran
SAMM N.Sembilan – Sdr Saufi (Penyelaras SAMM N.S), sdr Azizi, Sdr Sani, Sdr Yaser
PEWARIS N.Sembilan
Kelab Bermotor United Shark – Sdr Saiful
Wakil peneroka Felda Sendayan – Sdr Daud Idris
Wakil Pengusaha Restoran – Sdr Musliady
Wakil Nelayan – Noor Aiza
Wakil Mahasiswa – Sdr Farel
Mengapa ‘Asalkan Bukan Umno’ ?
Saudara Musliady wakil dari pengusaha restoran membangkitkan isu kenaikkan harga barang berasaskan makanan dan keperluan harian menyebabkan kesulitan untuk pihak pengusaha restoran meletakkan harga jualan.
Sdr Daud wakil Peneroka Felda Sendaya meluahkan rasa kecewa peneroka Felda yang menjadi mangsa penipuan Felda selama puluhan tahun. Selain itu, FELDA juga dikhuatiri terdedah kepada risiko rasuah dan ketirisan memandangkan pengerusi FELDA pernah terlibat dengan jenayah rasuah untuk kepentingan politik.
Wakil dari kelab motor United Shark, saudara Saiful pula mengetengahkan isu insfrastruktur untuk sukan permotoran di N.Sembilan yang begitu terhad, menyebabkan Negeri Sembilan begitu terkenal dengan aksi ‘merempit di malam minggu’.
Semua wakil dari Negeri Sembilan termasuk wakil PEWARIS bersetuju untuk menyokong kempen Asalkan Bukan Umno dan akan turut hadir dalam program raksasa Rapat Rakyat ABU pada 15 Disember 2011.
Sidang Media Pelancaran ABU di Perak
Tempat: Pejabat Biro Masyarakat Keadilan, Ipoh
Masa: 3.30pm
Kehadiran
Wakil PKR – YB Chang Lih Kang
SAMM Perak – Sdr Mat Saman Kati, Sdr Alfa
MCLM Perak – Sdr Mat Noh
NGI
Untuk sidang media negeri Perak, sila rujuk klip video di bawah;
Mengapa ‘Asalkan Bukan Umno’ ?
Isu tempatan yang membuatkan rakyat negeri Perak terus membenci Umno ialah Rampasan Kuasa di Perak pada Febuari 2009. Cacamerba yang berlaku di Perak akhirnya terdiri sebuah kerajaan haram di mana Umno sebagai dalangnya dan Najib pula sebagai petualangnya.
Dengan ini, gabungan besar dari Perak menyatakan sokongan penuh kempen ABU dan akan bersama dalam program Rapat Rakyat ABU pada 15 Disember 2011 di Taman Melewar.
Sidang Media Pelancaran ABU di Kedah
Tempat: 345A Air Mendideh, Sg Petani
Masa: 3.30pm
Kehadiran
SAMM Kedah – Sdr Angah Habib
PRM – Tok Gandang
MCLM – Sdr Viveg
Gabungan Kedah menyokong penuh Kempen ABU
Sidang Media Pelancaran ABU di Perlis
Tempat: Kelab Media Perlis, Jalan Sekolah Derma, Kangar, Perlis
Masa: 3.30pm
Kehadiran
SAMM Perlis – Asrul (Ketua Penyelaras SAMM Perlis)
Wakil Parti Keadilan – Amran Kamarudin (SUK Keadilan Perlis), Zamri Sapar (Bekas Ketua AMK Perlis)
Wakil Mahasiswa – Farhan Azis
Wakil Peniaga – Lee Mom Leong
Antara NGI yang hadir – Zaidi(Peniaga pasar sehari), Siah Teow Eng(usahawan), Shukri(pengusaha cybercafe), Azmi(pencen kakitangan kerajaan)
Mengapa ‘Asalkan Bukan Umno’ ?
1. Isu Banjir di Perlis yang tidak selesai apabila rakyat masih belum nampak bilakah projek saliran dari Empangan Timah Tasoh terus ke Laut berjaya disiapkan.
2. Isu perebutan kuasa dalam pelbagai kem Umno di Perlis membuatkan rakyat menjadi semakin meluat dengan Umno.
3. Isu peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan ramai anak perlis yang mempunyai tenaga mahir berhijrah ke negeri lain.
Sidang Media Pelancaran ABU di Pahang
Sidang media ABU peringkat negeri Pahang berlangsung di Bilik Pusat Khidmat PKR Adun Semambu. Antara yang hadir menyokong pelancaran ABU dalam sidang media ini termasuk;
Kini keselamatan rakyat akan terancam dengan kewujudan kilang Lynas dimana kesan radioaktif akan membahayakan mereka. Alasan petroleum semakin kering digunakan bagi kononnya mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara telah masuk ke dalam poket pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya. Lynas akan menjamin keuntungan mereka walaupun membahayakan rakyat.
Sidang Media Pelancaran ABU di Kelantan
Masa : 3.30pm
Tempat : Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan
1. Gerakan Bertindak Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR)
2. Forum Anak Muda Kelantan (AMUK)
3. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Kelantan)
4. BERSIH Kelantan
5. Subway Photographer
6. Dewan Pemuda PAS Kelantan
7. Angkatan Muda Keadilan Kelantan
Mengapa ‘Asalkan Bukan Umno’ ?
Di Peringkat Negeri Kelantan pula, kita dapat saksikan betapa hampir 24 tahun Rakyat & Negeri Kelantan dinafikan haknya dari segi pembangunan dimana semenjak pemerintahan bertukar tangan dari UMNO/BN kepada PAS, 118 projek Pembangunan bermula dari RMK-5 sehingga RMK-10 telah disekat oleh UMNO/BN yang menerajui Pentadbiran Kerajaan Pusat.
Selama hampir 24 tahun juga Rakyat Kelantan telah dinafikan haknya dari segi pembangunan infrastruktur apabila Jalanraya-Jalanraya utama yang penyeliaannya berada dibawah kawalan Kerajaan Pusat tidak diselenggara dengan baik malah Permohonan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan Peruntukan bagi pemulihan dan pembinaan lebuhraya yang lebih baik untuk kemudahan Rakyat Kelantan juga diabaikan oleh UMNO/BN yang menerajui Kerajaan Pusat.
Begitu juga dalam isu Air Kelantan yang pada akhir-akhir ini dimainkan oleh UMNO/BN dan Semua Rakyat Negeri Kelantan juga perlu ingat bagaimana Hasil Bumi Negeri Kelantan iaitu Petrolium dan Gas dirompak dan dinafikan hak Royaltinya dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal berbeza dengan 3 Negeri lain dibawah kekuasaan UMNO/BN (Sabah, Sarawak dan Terengganu) yang menikmati pembayaran Royalti dari Hasil Bumi Petrolium dan Gas Negeri masing-masing.
Nota dari Blogger NGI
Mengapa ABU harus menjadi asas dalam memilih ketika pilihanraya yang akan datang?
Jasa sesuatu pemerintah bukan pertimbangan untuk mengekalkan mereka. Itu adalah tanggungjawab mereka. Mereka yang datang dan menawarkan diri. Gaji mereka dibayar oleh rakyat. Mereka adalah kuli dan pekerja kepada rakyat.
Apabila “Asal Bukan UMNO” (ABU) ini menjadi kenyataan, maka, pemerintah yang baru adalah pemerintah yang berasa takut kepada rakyat. Mereka berasa tidak selamat untuk melakukan kejahatan kerana pemerintah yang baru adalah pemerintah yang bila-bila masa boleh dijatuhkan rakyat kembali.
Untuk kontek Kelantan, asas atau falsafah ABU harus menjadi pertimbangan kerana :
1. Hasil bumi Kelantan yang dirompak dari Kelantan. Diagih-agihkan kepada negeri-negeri UMNO yang boros dan rasuah. Antara hasil bumi Kelantan ialah petroleum, gas, pengambilan hutan Kelantan untuk dijadikan Taman Negara tanpa bayaran royalti, dan sebagainya.
2. Sabotaj Kelantan dalam belanjawan negara setiap tahun. Cukai dipungut dari setiap peluh anak Kelantan. Hasil bumi dikaut dari setiap inci bumi Kelantan. Tetapi, dimansuhkan negeri Kelantan dalam setiap kali belanjawan negara dibentangkan.
3. Dakwaan kepada memonopoli, ugut dan penipuan gred kepada petani-petani Kelantan. Padi, beras dan kelapa sawit.
4. Dakwaan kepada mengugut pentadbiran awam Kelantan. Dengan tindakan tukar ke luar daerah atau daerah yang sukar.
5. Pemulauan terhadap pendidikan anak Kelantan. Sekatan bantuan terhadap institusi pondok agama dan sekolah agama rakyat (SAR).
6. Isu kedaulatan Negeri Kelantan. UMNO/BN gagal menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa projek pemberian IC kepada warga Thailand, sekaligus menjadikan mereka dwi warganegara dan boleh mengundi untuk menentukan hidup mati anak peribumi Kelantan.
7. Dakwaan terhadap sabotaj pembinaan janakuasa elektrik pada tempat-tempat tertentu, dimana ianya bertujuan menghalang rakyat Kelantan mendapat kemudahan air yang sempurna.
8. Projek-projek kerajaan pusat yang dilewat-lewatkan. Ada yang dimansuhkan. Bertujuan menghukum keputusan demokrasi rakyat Kelantan.
9. Membenarkan UMNO sendiri, MCA dan MIC memburuk-burukkan dan menghina hudud yang terkandung dalam Al-Quran.
9 perkara ini adalah antara hujah mengapa falsafah ABU wajib digunakan dalam pertimbangan mengundi di pilihanraya kelak. Kami menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan khasnya, Malaysia umumnya, supaya mendapatkan satu suasana pilitik baru yang lebih segar, terbuka pada masa akan datang dengan menjatuhkan UMNO/BN.
Sesuatu keuntungan yang tidak ternilai kepada rakyat adalah apabila mendapat satu pemerintahan yang sangat takut kepada rakyatnya sendiri.
Dengan ini juga, kami mengumumkan pada 15 Disember 2011 ham 8.30 malam, satu forum terbesar ABU akan diadakan di Markaz PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih. – Aduka Taruna
Sidang Media Pelancaran ABU di Terengganu
Tempat: Muara Tomyam, Jalan Sultan Sulaiman, K.Terengganu
Masa: 5.00pm
SAMM Terengganu – Rafzi Ramli
Wakil PSM – Sdr Zaidi
Wakil Peniaga
Wakil Nelayan
Wakil petani
Mengapa ‘Asalkan Bukan Umno’?
Terengganu merupakan sebuah negari yang kaya dengan hasil bumi. Petrolium berkualiti tinggi disedut dari pesisir laut Terengganu berpuluh tahun tetapi kedudukkan Terengganu yang menjadi negeri nombor dua termiskin dalam Malaysia menimbulkan persoalan besar.
Sepatutnya Terengganu menjadi sebuah negeri yang kaya memandangkan dalam semenanjung Malaysia ini hanya Terengganu selain Kelantan, menjana pendapatan terbesar negara melalui industri petrolium dan gas. PETRONAS seumpamanya menjadi syarikat terbaik dan terkaya dari Malaysia namun Terengganu terus miskin. Terengganu menuntut jumlah royalti yang lebih besar berbanding 5 peratus yang ditawarkan selama ini.
Pembangunan Insfrastruktur di Terengganu juga amat mengecewakan. Kerajaan yang dikuasai oleh Umno telah berbelanja secara mewah tetapi menyediakan kualiti yang sangat rendah. Runtuhan Stadium Tuanku Sultan Mizan adalah lambang ketirisan Umno dan akhirnya segala baikpulih juga banyak yang ditanggung oleh wang rakyat.
Kerajaan Terengganu yang dipimpin Umno juga telah gagal dalam projek pertanian yang menelan belanja berjuta ringgit di Terengganu.
Kerajaan Umno di Terengganu juga merupakan sebuah kerajaan yang kuat membazir wang rakyat, ketika lebih ramai rakyat yang hidup miskin selain daripada banyak merugikan rakyat dan negara.
Antara konsep yang dikenali sebagai Gajah Putih ini ialah Projek Monsun Cup. Pembinaan untuk projek ini menelan belanja 300 juta ringgit dan kos penganjuran selama 4 tahun setakat ini telah menelan belanja lebih dari 200 juta ringgit. Jika di campurkan kedua-dua jumlah ini ianya telah mencecah 500 juta ringgit duit rakyat dibelanjakan.
Selain itu, Projek Masjid Kristal yang dibina berhampiran dengan bandaraya Kuala Terengganu. Projek ini menelan belanja sebanyak 259 juta ringgit. Tidak ada pun peluang pekerjaan yang boleh di manfaatkan oleh masyarakat sekitar. Mengapa masjid yang menelan berjuta ringgit itu dibina di kawasan yang tidak cukup qariah? Lebih pelik, berhampiran dengan masjid kristal terdapat sebuah masjid yang sudah lama didirikan. Ia satu pembaziran dan rakyat wajib menolak Umno dalam PRU akan datang!
Pembaziran ini juga suatu ketirisan dalam pentadbiran. Ke mana perginya duit yang sepatutnya boleh dijimat? Dengan alasan ini juga, gabungan NGO di Terengganu menyokong kempen ABU dan akan bersama menjayakan Rapat Rakyat ABU pada 15 Ogos nanti.
Sidang Media Pelancaran ABU di Selangor/WPKL (Nasional)
Masa: 3.30pm
Kenyataan Media (Peringkat Nasional)
Kini bukan masanya lagi untuk kita terus mendiamkan diri dan tidak mahu ambil tahu, kecuali anda rela mewariskan Malaysia yang musnah kepada generasi akan datang. Masihkah kita tidak nampak atau sengaja mahu membiarkan saja apabila sisa-baki hak demokratik rakyat yang hanya tinggal secebis itu pun dinafikan, manakala segala tuntutan rakyat terus diabaikan?
Sepanjang pemerintahan UMNO/BN kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang –akibat sikap kita yang ‘biarkanlah’, ‘tidak kisah’ serta ‘ignorant’, dll– dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam.
ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang UMNO/BN amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak UMNO/BN.
Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sarahidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya hidup dengan mewah sekali.
Kewujudan undang-undang kejam yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan rintihan rakyat tidak dipedulikan. Bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dan ganas. Kini timbul pula undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang langsung tidak masuk akal.
Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik ‘pecah’ dan ‘perintah’ dilaksanakan untuk menutup berita penyelewengan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-peminpin UMNO/BN ini. Selama pemerintahan UMNO/BN rakyat Malaysia didodoikan dengan slogan perkauman sempit. Kini isu agama dicipta dan diapi-apikan untuk memastikan kelangsungan jangkahayat politik UMNO/BN.
Kini keselamatan rakyat akan terancam dengan kewujudan kilang Lynas dimana kesan radioaktif akan membahayakan mereka. Alasan petroleum semakin kering digunakan bagi kononnya mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara telah masuk ke dalam poket pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya. Lynas akan menjamin keuntungan mereka walaupun membahayakan rakyat.
Operator-operator kami di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat, termasuk anggota polis, tentera dan kakitangan awam agar lebih celik kepada pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN.
Kini, ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur kritikal yang hampir saja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan dapat mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita?
Apabila tuntutan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-partisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat ‘dayus’ dan ‘bacul’ kita dengan terus kekal takut untuk bangkit berjuang menyatakan pendirian dan terus menolak UMNO/BN.
Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di KL-Selangor Chinese Assembly Hall. Forum yang akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh Negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara Malaysia
ABU – Satu Gerakkan Massa Dari Rakyat Untuk Rakyat !