Termakan budi, tergadai jiwa dan raga?


SAKMONGKOL AK47

Ada seorang pembaca blog saya menegaskan janganlah menganggap apabila orang Melayu menyokong UMNO dan BN, mereka itu bodoh. Izinkan saya memberitahu terlebih dahulu, saya tidak berkata demikian- yang saya sebut ialah pemimpin membodohkan orang Melayu. Ada perbezaan besar antara bodoh dan di perbodohkan. Tapi itu menjadi topic lain pula yang kita tidak akan bahas disini.

Itu bukan bodoh, itu membalas budi kata nya. Mereka hanya membalas budi kepada sebuah kerajaan yang telah memberi mereka banyak nikmat kehidupan. Orang berbudi kita berbahasa, demikian natijah dari pendapat nya.

Saya amat bersetuju dengan pendapat pembaca ini. Kerana ini akan bermakna, orang Melayu yang menyokong kerajaan2 di negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang mesti di lihat sebagai berterima kasih juga. Mereka pun tidak bodoh tapi sekadar berterima kasih. Mereka berterima kasih kepada kerajaan2 yang telah membantu  mereka dalam pelbagai cara. Bukan begitu? Mustahil apabila orang Melayu menyokong UMNO mereka berterima kasih, tapi bila mereka menyokong parti lain, perbuatan tersebut tidak di kira sebagai berterima kasih?

Saya berharap pembaca tersebut tidak bermaksud hanya UMNO sahaja berhak menerima terima kasih dari orang Melayu. Sudah tentu pandangan seperti ini tidak boleh di terima kerana UMNO tidak ada hakmilik mutlak keatas sokongan orang Melayu. Malah dalam pilihanraya 2008, UMNO tidak mampu menyatakan bahawa mereka mewakili suara majorti orang Melayu.  Dalam PRU itu, lebih ramai orang Melayu menyokong parti bukan UMNO. Bagaimana kita mengklasifikasikan mereka? Murtad Melayu? Tidak mengenang budi?

Di sebalik kenyataan yang pious ini sebetulnya terkandung cerita mengenai  pertalian antara rakyat dengan kerajaan. Tersirat dalam kenyataan tersebut ialah bagaimana orang Melayu melihat peranan kerajaan dalam kehidupan mereka. Kalau di Amerika, mesej nya lebih kurang akan berbunyi- jangan soalkan apa negara kamu boleh buat kepada kamu, tanyakan apa yang kamu boleh buat untuk negara kamu. Negara dalam konteks ini, kerajaan lah. Atau gantikan negara dengan istilah kerajaan. Dari sini kita akan lihat pertalian antara manusia dengan kerajaan nya.

Dari komen pembaca itu, kita dapat mengagak bahawa kerajaan di lihat sebagai penjaga dan rakyat di lihat sebagai yang di jaga. Dan itu membawa 2 pengertian besar; Pertama, kerajaan adalah penjaga yang penuh dengan sifat keibuan menjaga anak anak. Kedua, tanngung jawab menentu masa depan kita di serahkan keatas bahu kerajaan.

Mungkin disinilah, iaitu didalam cara orang Melayu melihat peranan dan tempat kerajaan dalam kehidupan mereka, terkandung benih2 kemunduran. Inilah sikap inherent weakness yang kita mesti kikis- yakni menganggap kerajaan itu tempat kita bergantung segala nya dan tempat sumber rezeki hidup. Sikap seperti ini lah yang menyebabkan pemegang tampuk kerajaan membuli kita, angkuh dan sombong kepada rakyat kerdil. Kerajaan itu penaung dan kita yang bernaung , kerajaan itu tuan, kita hamba. Dan kepada si pengampu , konsep kerajaan seperti ini mahu mereka kekalkan. Selagi kerajaan di lihat demikian rupa, ianya memberi mereka a sense of supremacy dan mungkin juga khayalan godlike.

Sikap melihat kerajaan sebagai deity yang mesti di taati dan di puja, paling ketara di kalangan orang Melayu dan UMNO bertanggung jawab memanjangkan sikap yang melemahkan bangsa Melayu. Selagi kita mempunyai sikap yang demikian, selagi itulah kita terus bertongkat kepada kerajaan. Orang Melayu akan jadi tamby yang tertunduk tunduk tidak ada keyakinan diri. Kita tidak boleh meneruskan ketergantungan sebegini kerana dengan melakukan demikian, memberi peluang kepada pimpinan politik yang licik mengeksploitasi ketergantungan kita itu.

Berbalik kepada komen yang di berikan oleh pembaca tersebut, saya tidak menyebut nya demikian rupa- saya hanya memberitahu bahawa pemimpin Melayu membodohkan bangsa nya sendiri supaya mempercayai mereka mempunyai banyak kelemahan. Seolah olah lemah dan tidak bermaya itu adalah kesemulajadian orang Melayu. Mereka di bodohkan dengan tahyul bahawa jalan selamat ialah melalui bergantung terus kepada kerajaan. Dan bukan nya kerajaan yang mana mana tapi suatu kerajaan yang khusus iaitu UMNO. Tidakkah kenyataan seperti ini self serving?

Ini kenyataan yang self serving sebab kerajaan yang di maksudkan itu terdiri dari kerajaan yang di ujudkan oleh satu parti politik khusus sahaja. Tidak kah layak kerajaan dari parti bukan UMNO di jadikan sumber rujukan? Selagi bangsa Melayu terus percaya kepada pembodohan ini, maka bangsa Melayu akan terus menjadi suatu bangsa yang dependent.

Kita mesti konsisten dalam gesaan kita. Jika menyokong UMNO di anggap sebagai terima kasih kepada kerajaan yang memberi faedah serta kemudahan kepada mereka, prinsip yang sama mesti juga di pakai keatas kerajaan2 yang bukan UMNO. Kerajaan bukan UMNO di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor semua nya menabur budi kepada orang Melayu. Berdasarkan gesaaan pembaca blog yang saya rujuk, maka orang Melayu dalam negeri negeri ini mesti juga berterima kasih kepada kerajaan2 ini dan terus menyokong mereka. Hanya dengan cara demikian, kita konsisten dalam pandangan kita. Jika menyokong itu bermakna berterima kasih, ia nya mesti di gunakan dalam semua keadaan. Berterima kasih dan mendapat sokongan tidak lagi menjadi hak ekslusif UMNO.

Cuba kita orang Melayu fikirkan. Jika orang Melayu bersikap bergantung kepada kerajaan secara membabi buta, ianya bertentangan dengan piagam seorang manusia yang mereka.

Apakah piagam seorang manusia yang merdeka? Seoarang manusia yang merdeka dan mempunyai jati diri( bukankah pemimpin UMNO sentiasa berkhutbah mengenai jati diri dan yakindiri) meyakini bahawa masa depan mereka adalah tanggung jawab mereka sendiri bukan menyerahkan tanggung jawab tersebut pada kerajaan. Kerajaan bukan lah tuan kepada orang yang menghambakan diri mereka.

Sebuah kerajaan hanyalah suatu wadah dan jalan, bukan nya pemberi nikmat dan keistimewaan jauh sekali sesuatu yang mesti di sembah. Manusia yang merdeka itu bertanya apakah yang mereka dapat lakukan melalui kerajaan untuk  melaksanakan tanggungjawab bagi mencapai matlamat hidup dan yang paling penting sekali melindungi kemerdekaan mereka sebagai manusia. 

Ini titik tolak perjuangan orang Melayu sebenarnya. Kerajaan yang di bentuk oleh PAS, UMNO, DAP atau PKR sekali pun bukanlah tuan kepada kita yang hamba. Bukan mereka sesuatu yang harus kita sembah dan takuti. Kerajaan ialah sesuatu yang kita ujudkan melalui persetujuan atau consensus bersama bukan sesuatu yang ujud diatas kita. Tidak ada wawasan nasional kecuali yang di kongsi bersama oleh rakyat dan matlamat kerajaan adalah matlamat yang di yakini bersama dan yang di perjuangkan bersama. The government cannot impose something over us which we the people find disagreeable.

Dan di sanalah letak nya bahaya kepada UMNO. Sebab UMNO masih kekal dengan mentaliti bahawa dia kerajaan yang menjadi tuan kepada orang Melayu dan bersikap dia pemberi sumber kehidupan kepada orang Melayu. UMNO tiada, orang Melayu mati. Dan UMNO itu Melayu , Melayu itu UMNO.

Mari kita analisa kenyataan yang mengandung 2 bahagian ini- Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu.

Kedua bahagian kenyataan atau pernyataan tersebut tidak mencerminkan aspirasi seorang Melayu yang berjiwa merdeka. Sama seperti tanggapan orang Melayu terhadap sebuah kerajaan,demikian lah tanggapan orang Melayu kepada UMNO. UMNO itu tunjang kerajaan yang menjadi tuan kepada orang Melayu, UMNO itu penjaga dan kita yang di jaga. Orang Melayu memuliakan UMNO sebagai sesuatu yang mesti di taati malahan di sembah dan apa orang Melayu boleh buat ialah mengharapkan pemberian dari UMNO.

Oleh sebab kepercayaan ini, nilai pemimpin UMNO bersifat sombong, angkuh, membuli dan memandang rendah kepada rakyat. Nilai silai ini di perlihatkan dalam gaya hidup seharian majority pemimpin UMNO. Inilah yang membawa kecundang kepada UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Bagaimana keadaan begini dapat kekal untuk masa yang lama? Ianya kekal kerana tahap kejahilan dan kesedaran social dan politik orang Melayu relative masih rendah. Dimana tahap kejahilan berkurang, dan kesedaran politik dan social meningkat, pengaruh UMNO menurun.

Nampak nya UMNO hanya mampu ujud dan survive selagi sebahagian besar masyarakat Melayu khususnya kekal dalam kejahilan. Kita boleh lihat di hadapan mata kita sendiri bagaimana kekuatan UMNO menjadi lemah apabila kesedaran rakyat khususnya orang Melayu meningkat. Dalam kawasan bandar di mana kejahilan orang Melayu berkurangan sama ada melalui tahap pendidikan yang di capai atau melalui interaksi sosial yang rancak, sokongan dan keyakinan kepada UMNO merosot.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...