Ulama gesa Majlis Fatwa kaji kenyataan Nik Abdul Aziz


(Bernama) – Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

Pengerusinya, Prof Mohd Noor Deris berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz seperti mengundi Pas masuk syurga dan tidak mengundi Pas disifatkan golongan jahilliyah dilihat bercanggah dengan syarak kerana boleh menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.

Sehubungan itu, beliau mencabar Nik Abdul Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu.

“Kalau dibiarkan perkara ini ramai orang mati kerana murtad, atau keluar dari Islam,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Prof Mohd Noor berkata, telah banyak perkara Nik Abdul Aziz melakukan fitnah antaranya Malaysia bukan negara Islam, UMNO tidak mahu Islam dan imam UMNO tidak sah diikuti.

Katanya, bironya akan membuat laporan polis terhadap Nik Abdul Aziz dalam tempoh terdekat dan sedang merangka satu memorandum untuk diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.

 



Comments
Loading...