Najib: Saya perlukan sangat kemenangan PRU ke-13


(TMI) Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha mentransformasikan Malaysia,” kata Perdana Menteri ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 di Wisma MCA di sini.

Najib berkata, rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya merupakan warga setia negara ini.

Kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis, kata Najib yang juga Presiden Umno dipetik Bernama.

“Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang.

“Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia,” kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-saya-perlukan-sangat-kemenangan-pru-ke-13/



Comments
Loading...