Fadzil Noor pemimpin berpandangan jauh
(Free Malaysia Today) – PAS merampas Kelantan dalam pilihanraya umum 1990 adalah hasil pemikiran dan tindakan bijak presidennya ketika itu, Datuk Fadzil Noor.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemikiran dan tindakan bijka yang dimaksudkan itu ialah kesediaannya berunding dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan bergabung dengan Semangat 46.
“Walaupun tindakan itu dikecam sendiri oleh penyokong PAS. ia menguntungkan PAS dari segi jangka masa panjang.
“Walaupun Datuk Fadzil mengalah sedikit, Pas tetap memerintah Kelantan sejak tahun 1990 lagi,” katanya dalam ucaputama wacana pemikiran Fadzil Noor di ibu negara hari ini.
Ia dihadiri oleh kira-kira 100 orang penyokong parti Islam itu.
Salahuddin berkata, Fadzil setuju dengan pemintaan Tengku Razaleigh yang mahu menjadi menteri besar Kelantan tetapi PAS bertanding di lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan
“Kata Datuk Fadzil, biarlah Tengku Razaleigh nak jadi menteri besar. Tetapi beliau mahu PAS bertanding lebih banyak kerusi DUN dan biarkan Semangat 46 bertanding lebih banyak kerusi parlimen.
“Akhirnya PAS menjadi menteri besar Kelantan sejak tahun 1990 lagi,” katanya.