Surat Terbuka kepada Dr.M: “Kaki Dalam Kasut” (atau dalam mulut?)
By Bong Chan Siong
As recently as April 29, 2010 Dr. Mahathir was publicly pleading for Perkasa, whose president, Ibrahim Ali, is currently under fire for his fiery and fearsome ejaculations about “Malay nationalism” and other outright racist remarks and threats. LoyarBurok is therefore pleased to reproduce this tat-to-tit response to Dr. Mahathir’s ‘Kaki Dalam Kasut’ written in July 2009 when he brandishes the disgraceful rhetoric that Perkasa uses to intimidate the non-Malay population.
Kehadapan Tun Mahathir,
Saya merujuk kepada artikel Tun bertajuk “Kaki Dalam Kasut” yang ditulis pada 20 Julai 2009 di laman web Tun. Izinkan saya berkongsi pendapat saya berkenaan apa yang ditulis oleh Tun.
2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan “ketidakadilan” terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).
Orang bukan Melayu mempunyai alasan yang kukuh untuk berasa amat tertekan dan kecewa dengan ketidakadilan terhadap mereka di Malaysia. Malah bumiputera bukan Melayu, khususnya Orang Asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak, juga berkongsi perasaan yang sama kerana mereka turut tidak diberikan layanan yang sama seperti orang Melayu sedangkan mereka merupakan penduduk asal negara ini. Berapa banyakkah individu bumiputera bukan Melayu yang diterima masuk dalam sektor kerajaan dan syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Petronas?
3. Saya tidak tahu sama ada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.
Tun, kata kunci di sini ialah “yang termiskin dan ketinggalan” dan itu tidak mengira kaum Melayu atau bukan Melayu. Sekiranya bantuan diberikan kepada mereka yang berhak tanpa mengira kaum, warna kulit, dan agama dan didapati majoriti yang miskin adalah orang Melayu, ianya akan diterima baik.
Tiada sesiapa akan mempersoalkan dasar sedemikian. Tetapi adalah salah untuk membuat dan memperalatkan sesuatu dasar yang memberikan keutamaan kepada sesuatu kaum tanpa mengira taraf hidup dan keperluan. Malah jika sesuatu dasar itu dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan dan merit, majoriti orang Melayu secara automatis yang akan mendapat manfaatnya.
Sudah lebih 30 tahun DEB dilaksanakan dan masih yang banyak orang Melayu yang miskin dan ketinggalan. Bukankah ini memberi petunjuk bahawa DEB telah gagal dalam perlaksanaannya dan sesuatu yang drastik perlu dilakukan? Jurang antara yang miskin dan kaya semakin bertambah, di mana kekayaan hanya tertumpu kepada sekumpulan individu Cina, India, dan Melayu.
Malah Tun sendiri ketika berkuasa banyak memberikan kontrak kepada rakan-rakan Tun yang bukan Melayu yang kini gah tersenarai antara individu-individu paling kaya di Malaysia. Mengapa? Mengapa Tun semasa berkuasa tidak memberikan kontrak-kontrak tersebut kepada orang Melayu?
Dan dengan menggunakan hujah individu-individu paling kaya di Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang bukan Melayu, Tun beranggapan adalah patut untuk meneruskan DEB dengan memberikan keutamaan kepada orang Melayu dan menghukum orang bukan Melayu yang miskin dan ketinggalan? Bukankan intipati asal DEB adalah untuk membantu semua yang miskin dan memerlukan pertolongan ekonomi tanpa mengira kaum? Sejak bila DEB itu khusus untuk orang Melayu sahaja?
Oh ya, bukankah mengikut kajian antropologi dan sejarah, kebanyakan orang Melayu di Malaysia dan nenek moyang mereka sebenarnya berasal dari dari Indonesia, Thailand, dan India? Malah China? Jadi negara nenek moyang mereka sepatutnya bukan Malaysia, sama seperti saya? Contohnya: Tun sendiri, Khir Toyo, dan Syed Hamid Albar?