Kad pengenalan Orang Asli dirampas
Oleh Muda Mohd Noor, Free Malaysia Today
KUALA KUBU BARU: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis di ibu pejabat polis di sini kerana mendakwa kumpulan tertentu merampas kad pengenalan Orang Asli di sebuah perkampungan orang Asli di Peretak, malam tadi.
Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong membuat laporan tersebut kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi diiringi ketua penerangan PKR, Latheffa Koya serta beberapa penyokong parti.
Ketika ditemu Elizabeth mendakwa kumpulan berkenaan telah membuat halangan menggunakan kereta, motosikal dan sekumpulan manusia di pintu masuk perkampungan Orang Asli di Peretak di sini.
“Saya mendapat laporan dari Orang Asli kumpulan tersebut telah merampas kad pengenalan Orang Asli dan membuat halangan tersebut. Mereka (Orang Asli) yang menyuruh saya membuat laporan polis tersebut.
“Saya percaya pengundi hantu akan menggunakan kad pengenalan Orang Asli itu untuk mengundi esok,” katanya yang juga exco kerajaan negeri Selangor